Archive

Posts Tagged ‘Teringat Kawan-Kawan’

Teringat

November 11th, 2008 md 2 comments

Bersua kembali hehehe.. lama menyepi tapi masih ada dan sihat alhamdulillah..

Sebut pasal teringat ni, macam-macam yang boleh buat kita teringat. Kadang-kadang bila dah teringat, mula lah gelabah tak tentu pasal nak buat benda yang kita teringat tu. Contoh macam, baru teringat tak bayar duit kad kredit yang hampir tamat tarikh bayarannya, teringat nak kena pegi sekolah anak jumpa cikgu ambik report card dan macam-macam lagi lah.

Ada jugak kalanya, kita teringat sesuatu yang pernah kita lakukan masa lampau. Tersenyum sorang-sorang dibuatnya bila teringat kisah lucu bersama rakan-rakan. Ada juga buatkan kita tersenyum kelat bila teringat masa kita di “kena”kan orang hehe..

Tapi hari ni, saya teringat betapa seronoknya kalau dapat kumpulkan balik kawan-kawan lama saya waktu di sekolah rendah dan menengah dahulu. Kawan-kawan di Universiti, hampir separuh masih berutus email (mailing list) walaupun tidak kerap. Tapi kawan-kawan sekolah, ada yang langsung terputus hubungan.

Saya teringat kawan tadika saya – Budin, Nazrin, dan lain-lain. Saya teringat kawan darjah satu saya – Nasa, Rashid (dah arwah), Khairul, Nuar, Zul, Noraini, Kamisah, Fadilah (awi) dan lain-lain lagi. Saya teringat kawan tingkatan satu saya – Sudin, Zamran, Khalid, One, Fuad, Azina, Intan, Zamri Mat Dom dan lain-lain lagi. Saya teringat kawan tingkatan empat saya – Rosli, Kamarzaman, Pawi, Aziz, Hamzah, Abon (Halim), Osman, Nik, Azulyzal, Harman Yadi, Yusri (Big), Khazri, Salim, Badhri, Joe, Lyn, Radziah, Norish,  Farziah, Sakinah, Azizah, Intan dan lain-lain.

Dan saya juga teringat kat Anda! yang saya tak tahu masih ingat pada saya atau tidak :D

Categories: Umum Tags: