Osteoarthritis
Ape kebende osteoarthtiris ni?. Ianya ialah sakit tulang. Biasa kena pada orang tua. Lagi biasa kena pada orang tua yang ada masalah obesiti. Ayah saya salah seorang daripadanya.
Isnin lepas, saya bawa ayah saya berjumpa pakar tulang di Hospital Pakar AnNur, Bandar Baru Bangi. Sakit lututnya tak beransur pulih sejak setahun yang lepas. Macam-macam ubat dah makan. Berurut, makjun, macam macam dah cuba. Tak berkurang juga sakitnya.
Ditambah pulak 2 kali ayah saya terjatuh sebab kaki tiba-tiba krem (ada kaitan dengan ghout ke?). Jadi saya pujuk ayah saya datang KL dan ikut saya jumpa pakar tulang. X-ray pun dibuat dan nampaklah struktur tulang lutut ayah saya bila ditunjukkan oleh doktor.
Doktor menerangkan, fenomena ni biasa berlaku di usia seperti ayah saya. Rawan dah nipis atau haus. Tulang pula dah mula pecah-pecah dan berduri menyebabkan kesakitan apabila ianya bergesel bila berlaku pergerakan ketika berjalan, rukuk dan tahiyyat di waktu solat. Ianya dipanggil osteoarthritis.
Cara penyelesaian ada beberapa pilihan. Makan ubat dan supplement, suntikan (ada 2 jenis) dan pembedahan lutut. Untuk kes ayah saya, doktor menyarankan agar cuba ambil painkiller mobic dan supplement glucosamine sulfate. Pemerhatian akan dibuat selama 3 bulan. Jika tidak serasi, doktor akan menyarankan kaedah rawatan yang lain pula.
Setakat ini, ayah saya kata, jika makan painkiller mobic tu, rasa kesakitan berkurang. Saya harap beliau akan terus mengambil supplement glucosamine sulfate selama 3 bulan untuk membantu memulihkan dan merawat tulang lutut beliau. Satu lagi cara untuk mengurangkan tekanan di bahagian lutut ialah menggunakan tongkat. Tapi ayah saya tak mahu hehe.. mungkin tak “macho” agaknya hehe..
Esok ayah saya akan balik semula ke Kuantan. Harap-harapnya sakit lututnya beransur pulih.
Recent Comments