Archive

Posts Tagged ‘happy new year selamat tahun baru’

Selamat Tahun Baru

January 1st, 2009 No comments




Selamat menyambut tahun baru 1430 Hijrah dan Masehi 2009 kepada semua rakan-rakan dan anda yang mengunjungi blog ini.

Sedar, tak sedar, setahun telah berlalu pergi. Bercakap tentang tahun baru ni, ramai yang akan menetapkan azam baru. Ada yang nak kahwin, ada yang nak tukar kerja, ada yang nak berhenti kerja (atau VSS?), ada yang nak melancong ke luar negeri, ada yang nak tunaikan Haji/umrah, ada yang nak tambah kekayaan dan macam-macam azam lagi.

Saya fikir, orang yang mempunyai azam, ialah orang yang bermotivasi dan mahu berubah. Ada juga yang mempunyai azam “hot hot chicken shit” hehehe.. itu bukan azam namanya, itu angan-angan. Azam yang baik haruslah diolah menjadi matlamat yang jelas, boleh diukur, menarik minat, realistik dan boleh dicapai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan (SMART goals).

Ingat tak berapa banyak hajat dan azam tahun lepas yang kita berjaya capai, dan berapa banyak pulak yang tak tercapai?. Yang pasti, saya masih “fail” nak siapkan kerja-kerja berkaitan pengajian secara “on time” hehehe. Namun ada juga perkara lain yang Alhamdulillah, dengan izin Allah berjaya disempurnakan dan menampakkan hasil, contohnya pelaburan kecil-kecilan dalam bidang hartanah, cadangan projek baru di pejabat, persekolahan anak-anak di Sri Ayesha, dan beberapa lagi.

Tahun 1430H/2009M ni pulak, tak banyak azam saya setkan. Mungkin boleh dikategorikan kepada 4 azam utama sahaja – Diri sendiri, Keluarga, Kerohanian dan Kerjaya. Sudah tentu saya berazam untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dalam kesemua kategori tersebut.

Saya doakan, semoga tahun baru membawa keceriaan, kebahagian, kecemerlangan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat buat saya dan juga diri anda!.

Selamat menyambut tahun baru! :)