Archive

Posts Tagged ‘focus discipline time management’

How to stay focus?

January 13th, 2009 No comments




Saya andaikan semua orang pasti ada masalah untuk menumpukan perhatian pada satu-satu kerja dalam jangkamasa yang lama dan secara konsisten.

Mungkin mudah untuk kita fokus membuat kerja-kerja yang “simple”, kerja yang kita minat dan kerja yang tidak memerlukan masa yang panjang. Namun, kalau kerja tersebut berulang-ulang, sukar dan mengambil masa yang lama, kadangkala susah untuk kita kekal fokus melaksanakan kerja tersebut.

Sebab itu doktor pakar bayaran perkhidmatan mereka mahal. Sebab mereka terlatih untuk tetap fokus ketika melakukan pembedahan (contohnya) yang rumit, perlu teliti dengan setiap langkah dan sabar dengan kesulitan yang dihadapi. Natijahnya, fokus tidak boleh diperolehi dengan begitu sahaja. Ianya perlukan latihan, pengetahuan dan strategi (sekurang-kurangnya).

Mengapa pulak saya tiba-tiba bercakap tentang fokus ni?. Saya nak kaitkan dengan apa yang dilalui oleh saya akhir-akhir ini. Banyak perkara yang sedang berlaku di sekeliling saya memerlukan saya kekal fokus. Terlalai sedikit saja, tersasarlah matlamat yang ditetapkan. Memang tiada risiko yang mengancam nyawa, tapi ianya membuang masa, tenaga dan wang ringgit kalau dibiarkan berterusan.

Fokus dalam erti kata sebenarnya membuatkan kita lebih cermat, berdisiplin, beretika, berwaspada, pintar, cekap, waras dan berhemah ketika melakukan kerja-kerja. Ini ialah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi orang yang berjaya (di dunia dan akhirat).

Saya teringat kata-kata cikgu saya semasa di tingkatan 3 dahulu, “masalah orang Melayu ni banyak sangat duri palas! – PEMALAS!”. Saya tak dapat nafikan, memang itu pun masalah kebanyakan orang kita. Bukannya tak pandai, bukannya takde bakat, bukannya tak tahu buat, semuanya ada, tapi kalau harap semua benda datang bergolek, tunggulah kucing bertanduk, patah dan tumbuh tanduk sekali lagi pun tak akan dapat.

Pengajaran yang patut diambil telah lama kita sendiri ketahui – muhasabah diri sendiri, yakni periksa apakah yang telah kita lakukan pada masa lepas yang perlu diperbaiki (berhijrah?). Berazamlah untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. InsyaAllah, kita sama-sama beroleh kejayaan yang diimpi-impikan.