Catcheye pulak
Macam-macam idea baru muncul orang buat iklan dan generate duit. Kebanyakan bloggers dah biasa dengan Nuffnang dan Advertlerts.
Sekarang Catcheye pulak cuba menonjolkan dirinya. Akan dilancarkan secara rasmi pada 21 November 2009 (mungkin anda boleh jadi orang terawal untuk register sebagai ahli! – linknya di sini http://www.catcheye.com.my/?r=11284)
Kalau nuffnang dan advertlerts lebih kepada campaign dan banner advertising, Catcheye menampilkan konsep “Earn, Get rewarded, and donate to charity”. Sambil anda mengumpul mata yang boleh ditukarkan kepada wang atau hadiah, anda juga boleh membantu membuat sumbangan kepada badan kebajikan apabila anda melihat iklan yang sedang dipaparkan oleh Catcheye.
Contoh, kalau anda lihat Iklan A, RM1.00 akan diberikan kepada anda, dan 20 sen akan didermakan kepada badan kebajikan yang kita pilih. Satu idea yang menarik. Kemudian, terdapat juga reward tambahan yang diberikan jika anda boleh menjawab soalan-soalan berkaitan dengan iklan yang dipaparkan (nak galakkan pelawat faham dan tengok betul-betul iklan mereka – pandai!)
Dengan cara ni, Catcheye berpendapat, pengiklan akan berjaya memperolehi “viewer” yang asli dan unik kerana mereka akan benar-benar memerhati iklan yang dipaparkan agar dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Tapi, larat ke orang nak stay lama2 tenung satu persatu iklan untuk collect hadiah hehehe..
Untuk menambah bilangan ahli dengan cepat, mereka menggunakan konsep multi-level marketing (MLM) dengan memberikan referal ID yang boleh memberi kita points bila kita promote viewers baru untuk mendaftar diri dengan Catcheye.
Apa pun, kita tunggu dan lihat apa Catcheye mampu buat dan beri faedah kepada pengguna. Pelancaran rasmi ialah pada 21 November 2009.
Kalu nak register boleh ke laman ni http://www.catcheye.com.my/?r=11284
Recent Comments