Ride to Kuala Terengganu

July 22nd, 2009 md 9 comments

Dah lama tak buat posting kat sini. Since ada 3 blog ni (yang ni, rumah.net dan foto.deraman.com) bertambah lah sikit effort nak update content.

Sabtu dan Ahad lepas aku gi ride dengan member2 BMG dan ERU ke Kuala Terengganu.  Idea tu timbul masa kitorang buat sesi NOS (macam teh tarik session lah) dekat Bukit dukong 3 minggu lepas. Terasa lama betul tak ride jauh, itu yang idea gi Kuala Terengganu diutarakan.

Lipas (nickname dia dalam forum) panggil ride ni Ride Terjah..hahaha.. sebab main terjah je nak buat ride tanpa apa-apa planning. Patut ada 7 bikers yang follow, tapi 5 je dapat pegi.. lagi 4 orang naik kereta sebelah petang baru diaorang gerak.

Janji nak kumpul di BHP petrol station lepas tol gombak pukul 7.30pagi.. hampeh!.. pukul 8.30 pun takleh gerak lagi sebab ada yang terbabas tido sampai kena kejut ngan bini..haha..

Kesian dekat vespa (nickname dalam forum jugak), dia yang sampai paling awal (tak awal pun, 7.40am gitu) dan ingatkan dah terlewat. Terus dia “shoot” ke RnR LPT temerloh sebab kami dah cakap, sapa lewat jumpa di temerloh. Tak pasal2 dia kena tunggu kitorang dalam 1 jam setengah huhu..

Lepas dah sampai semua orang, dalam pukul 9.30 gitu, kami pun bertolak dari gombak menuju ke Lebuhraya Pantai Timur. Pagi tu cuaca berjerebu. Sedut udara pun macam tak berapa best je tekak rasa. Sampai kat temerloh, vespa dah lambai2 kat kami suruh park dekat motor dia. Rehat kejap, isi minyak penuh2, dan kami teruskan perjalanan ke Kuantan pulak.

Sampai Kuantan dalam pukul 12 tengahari. Aku ajak diaorang singgah ke rumah ayah aku, sebab memang on the way pun dari LPT exit Kuantan. Sempat la jamu nasi impit kuah lontong dengan sikit buah-buahan. Lepas dah kenyang, kitorang salam2 dan sambung lagi perjalanan untuk ke Pantai Kemasik ikut jalan tepi pantai Beserah->Kemaman->Pantai Kemasik.

Sampai kat pantai Kemasik dah nak masuk pukul 2.30pm. Perut pun tak berapa lapar sangat. Kitorang pesan sotong celup tepung dengan air je. Lepas tu borak2 sambil makan. Lepas solat zohor jamak dengan asar, kami ubah port pulak ke tepi pantai. Best betul duduk tepi pantai. Angin banyak, view pun cantik.

Seperkara yang best dekat pantai kemasik ni, toilet dan tempat persalinan kalau ada yang nak mandi memang bersih!. Siap ada 2 tempat persalinan dan toilet, satu dekat gerai makan dan satu lagi dekat tepi pantai. Aku kena puji management dia, sebab dah lebih 4 kali aku singgah, still sama kualiti dia. Hopefully boleh dikekalkan sampai bila-bila.

Lama jugak kitorang lepak tepi pantai tu sambil ambik gambar dan jalan-jalan kat tepi pantai. Nak mandi kang sangkut terus kat situ. Jauh lagi nak sampai kuala terengganu ni. Rasa-rasa dalam pukul 3.30pm gitu, kitorang pun bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Rantau Abang.

Sampai kat rantau abang dah nak pukul 5 petang. Isi minyak sekejap dekat stesen Petronas, dan kami sambung semula perjalanan untuk ke Pantai Kelulut. Port favorite untuk pekena keropok lekor dan air kelapa muda. Last year masa ride ramai-ramai pun kami berenti kat situ.

Pukul 6 petang gitu, kami sampai di pantai Kelulut. Tak bukak pulak gerai yang kami pernah singgah tahun lepas. Tak kisahlah, janji ada gerai lain bukak, kitorang park motor dan cross jalan besar untuk ke gerai tepi pantai. Tanpa buang masa, terus order keropok lekor sepinggan dan minuman kegemaran masing2.

Sambil layan Lipas buat lawak OKU, sambil baham keropok lekor panas. Fuh!..memang best gila dapat enjoy suasana petang macam tu. Perut kami memang dah super penuh dah sebenarnya.. Sejak dari Kuantan lagi di isi dengan makanan. Dah nama pun ride terjah, makan pun main terjah jugak lah..hahaha..

Tengok jam dah nak pukul 7.00 malam. Aku ajak diaorang gerak sebab takut tuan rumah homestay yang kami book kensel pulak booking kami. Ye lah, orang lain check-in pukul 2.00 petang. Kitorang nak check-in malam..hahaha.. nasib baik masa aku call awal petang tadi cakap yang kitorang sampai lewat sebab makan angin dan jalan-jalan. Tuan rumah tak kisah, nasib baik.

Sebelum nak bergerak, dapat SMS dari neknak (lagi nick kat forum), mintak tapaukan satar. Group yang naik kereta akan bertolak masa tu (pukul 7) dan jangka sampai pukul 12 malam. Takut kempunan tak dapat makan satar la tu..haha.. takde hal, memang dah dekat pun dengan gerai2 jual satar. Kitorang bungkus dalam RM16.00 (duit balance bayar makan keropok lekor). Banyak gila nampak makcik jual satar masukkan satar dalam plastik.

Dah siap semua, kami pun bertolak untuk ke Homestay di Kuala Ibai. Senang jugak nak cari direction dia, sebab tuan rumah dah SMS siang2. Malam tu, aktiviti takde apa sangat pun. Sebab dah letih dari siang naik motor dan makan-makan, malamnya kami berehat je kat rumah sambil tengok TV.

Geng yang naik kereta sampai pukul 12.30 malam dan mengadu lapar. Aku dengan Lipas volunteer pegi cari makanan. Nasib baik ada lagi gerai yang bukak. Kasi tapau tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin dan daging masak merah untuk 7 orang makan. Kami berdua bantai kuey tiaw goreng sambil tunggu order siap.

Sampai je kat rumah, ada yang dah terlelap. Kejut semua bangun kecuali vespa yang dah ngantuk sangat. Masing2 makan macam adik beradik yang ditinggalkan mak bapak hahaha…

Masa diaorang dok tengah makan lagi, aku dah nampak toto cantik je terbentang kat tengah ruang tamu. Apa lagi, terus ambik bantal dan terus baring kat atas toto. Lepas abis makan, ada yang lepak kat veranda rumah. Pukul berapa diaorang tido pun aku tak sure, sebab aku dah tertido..huhu..

Esok pagi, lepas solat subuh, aku ajak gbumz (nick di forum jugak) breakfast nasi dagang dekat gerai Kak Pah di pantai batu buruk. Gerai ni memang famous. Tak heran kalau lewat sampai, licin!. Aku, gbumz dengan vespa je yang terjaga pagi tu, so kitorang bertiga je lah yang gi breakfast dulu.

Balik dari breakfast, time untuk mandi dan kemas2 barang. Yang group satu lagi baru nak bersiap-siap nak gi breakfast jugak. Lepas diaorang dah pegi, sambil tunggu vespa guna toilet, aku dah terlelap sekali lagi atas toto ..hahaha..penangan nasi dagang 2 pinggan.

Sedar je dari tidur.. tengok gbumz dengan vespa pun tengah layan mimpi jugak… tapi dua2 dah siap mandi dan tukar pakaian dah..ahhaa.. masa bila diaorang siap pun aku tak tau.. Terus aku capai towel, gi mandi. Dah siap mandi, perut rasa lapar balik..hahaha.. tengok kat dapur ada sebungkus tomyan semalam yang diaorang simpan untuk vespa. Masa tu gbumz dah celik mata, aku cakap jom panaskan tomyam ni.. nasik bung ada lagi sebungkus.. best jugak nih.

Dah siap panaskan tomyam, gbumz kejutkan vespa untuk makan sama-sama.. hahaha… nasik sebungkus kitorang share sikit sorang.. dah jadi macam nasik air bila campur dengan kuah tomyam.. huhu..tak kiralah.. janji boleh makan.. sedap jugakkkk…

Kira2 pukul 1 tengahari, baru diaroang yang gi breakfast lewat tadi balik. Rupanya lepas makan diaorang gi jalan-jalan ke Pasar Payang. Siap beli keropok lekor bungkus lagi. Nasib dia dah tanya awal2 kat kitorang, so semua dah dapat bungkusan masing2. Jimat masa.

Dah siap kemas-kemas semua, kami pun ready untuk bertolak balik ke KL. Dalam perjalanan ada singgah sekali lagi di Pantai Kemasik dan last sekali di RnR LPT temerloh. Sampai kat rumah dah pukul 11.30 malam.

Overall ride memang enjoy sebab kawan2 memang dah kenal rapat. Alhamdulillah, takde insiden yang tak diingini berlaku, dan semuanya selamat tiba ke rumah masing2.

Minggu ni, time to continue my work. Dah recharge “mood” masa kat Terengganu, sepatutnya lebih produktif lah..heheh.. tu cara aku reward myself… ride dan enjoy the event sambil2 tenangkan fikiran, dapat jugak tengok tempat orang dan ambik gambar2 menarik sebagai kenangan.

Categories: Motosikal Tags:

Donation

June 27th, 2009 md 10 comments

Musim adik-adik lepasan SPM/STPM masuk universiti/kolej dah bermula. Semalam, sepupu saya dari Kelantan singgah kat rumah sebab Ahad ni dia akan berlepas ke UNIMAS di Sarawak menaiki penerbangan di KLIA.

Saya masih ingat masa saya dapat tawaran masuk UTM dulu. Bukan main happy. First in the family yang dapat masuk U. Emak ngan ayah saya bersyukur bukan main lagi. Dapat tawaran masuk U memanglah happy, tapi bila fikirkan kos nak sediakan duit untuk persiapan beli barang-barang dan perbelanjaan tahun pertama (biasa biasiswa/loan lambat dapat), kesian pulak saya tengok mak dan ayah saya.

Berhempas pulas mereka cuba “cari” duit untuk saya. Saving memang takde lah. Maklumlah, duduk Felda. Pendapatan bulanan cukup-cukup makan dan bayar hutang kantin saja, tak sempat nak buat saving pun (kantin ni macam kedai runcit, tapi milik Felda. Peneroka felda akan ambik barang secara kredit. Bila gaji masuk cukup bulan,  gaji mereka akan ditolak dulu dari hutang di kantin, so berapa sen tinggal? sendiri mau pikir la..hehehe).

Saya ingat lagi, ada satu malam tu, ayah saya bawak saya pergi pejabat Felda sebab nak pinjam telefon kat situ untuk call mak sedara saya di Kelantan. Hajatnya nak mintak “donation” untuk tampung belanja permulaan saya. Malangnya takde rezeki kami, mak sedara saya tak dapat bantu. Baliklah kami berdua ke rumah dengan perasaan hampa. Nak tak nak, ayah saya akan ikhtiarkan cara lain. Saya tau, mesti dia akan cuba berhutang dengan kawan-kawan dia. Tak boleh saya bayang macam mana dia susun kata-kata nak meminjam lagi. Hutang-hutang lama pun belum selesai.

Tiba hari pendaftaran, kami bertolak ke UTM Skudai naik kereta putih Nissan Sunny 130Y Cikgu Mahmud. Banyak jasa cikgu Mahmud dan Ayah Chik (cikgu jugak) pada saya. Dia tau ayah saya tak mampu sewa kereta, jadi dia offer untuk hantar saya. Satu lagi “donation” saya dapat.  Turut sama, abang saya dan seorang lagi kawan ayah saya (pakcik Mokhtar). So kami berlima lah pagi tu.

Singgah minum di Air Hitam tak silap saya, masa tu Pakcik Mokhtar kata “tengok muka dua beradik ni, yang adik (saya) ni kahwin dulu nanti”. Hahaha, entah macam mana dia menilik air muka saya dengan abang pun saya tak tahu. But it turns out to be true. Memang saya yang kahwin dulu dari abang saya.. hehehe.. manyak tererlah Pakcik Mokhtar ni (dah arwah, Al-fatihah).

Dalam pukul 10 pagi gitu, sampailah saya kat pintu gerbang gedabak UTM Skudai. Fuh.. rasa seram semacam je masa tu. Apa taknya, berdebar jugak nak jadi student U ni. Terasa macam “aku lah yang paling bodo ni nanti.. mesti ramai orang-orang pandai kat sini”. Lepas register kat pondok pengawal, kami terus ke Kampung Merbau untuk urusan pendaftaran kursus dan asrama. Urusan pendaftaran selesai sebelum tengahari.

Lepas hantar barang ke blok asrama, kami lunch bersama sebelum ayah saya dan yang lain mintak diri untuk pulang. Masa tu saya bersalam dengan semua orang, dan bila sampai turn bersalam dengan kawan “nujum” ayah saya tu, dia seluk poket dan berikan saya not RM5.00 sambil cakap “Ini je pakcik ada, sikit je ni, tapi ambiklah”.  Saya ambik duit “donation” pakcik Mokhtar dengan rasa terharu dan insaf.

Masa iring mereka semua ke kerata, saya dah rasa sebak semacam je. Tengok air muka ayah saya dan yang lain-lain masa tu saya tak boleh gambarkan harapan besar mereka pada saya. Saya rasa harapan yang sama ada pada setiap ibu-bapa dan keluarga yang hantar anak mereka ke universiti/kolej setiap tahun walaupun bergelut dengan masalah kewangan.

Sekarang dah jadi tanggungjawab saya pula. Bila ada sedara mara yang telefon cerita anak mereka masuk U/kolej. Saya faham situasi mereka. Kalau tak banyak pun, kena usahakan berikan sumbangan/donation seikhlas mungkin. Bukan nilai wang tu yang jadi ukuran, tapi niat ikhlas kita untuk membantu tu, akan dapat memberi sokongan moral kepada keluarga mereka dan juga suntikan semangat kepada anak mereka yang akan belajar tu.

Kalau anak mereka tu “celik”, mesti dia akan ingat pengorbanan susah payah mak dan ayah mereka nak cari duit untuk masukkan mereka ke U/kolej. Tapi ramai jugak yang “hanyut” bila berkawan. Lupa asal-usul dan emak ayah yang susah kat kampung. Kes macam ni susah jugak nak komen.

Apa pun, kita yang dah “lepas” cabaran nak belajar dulu, dan kini mula mengecapi sedikit kesenangan, dermalah sikit untuk anak-anak ahli keluarga kita yang susah tu. Sapa tau, esok-esok bila anak cucu kita pulak susah, ada “orang lain” yang akan bantu, insyaAllah. Kan ada hadis nabi – “Tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah”. Bersedekah atau mendermalah sekadar yang mampu.

Selamat belajar buat semua pelajar-pelajar baru!.

Happy Father’s Day

June 21st, 2009 md No comments

My children and their Ummi gave me a surprise this evening. A Father’s day cake for me!.

Thanks Aiman, Adam, Faiz, Akmal, Adli and my dearest wifey :)

Categories: Keluarga Tags:

Change of Location

June 20th, 2009 md No comments

Just to inform, my investment blog akan diupdate di http://www.rumah.net

Blog ni is just for my personal musing.

TIA.

Categories: Umum Tags:

Happiness for a Lifetime

June 19th, 2009 md No comments

Terjumpa quotes ni masa browse di Internet. Interesting jugak ya. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

If you want happiness for an hour – take a nap.

If you want happiness for a day – go fishing.

If you want happiness for a month – get married.

If you want happiness for a year – inherit a fortune.

If you want happiness for a lifetime – help someone else.

p/s:  Semua kat atas tu make sense, except for happiness for a month tu.. ingat kita kawin just mau happy sebulan saja ka.. hari-hari mau larrr.. wahahaha

Categories: Umum Tags:

Let’s SAMBA!

June 16th, 2009 md 2 comments

Ok, ni sambungan dari posting lepas iaitu berkenaan Unison File Synchroniser.

Setelah berjaya untuk “mirror”kan directory di dua server berlainan, sekarang tiba masanya untuk kita benarkan user/client untuk access kepada directory yang telah kita mirror/copy di local server tadi.

Client2 ni biasanya berada dalam network yang sama dengan local server dan pada kebiasaannya juga, mereka menggunakan Microsoft Windows!. Oh ya, lupa nak bagitau, setup Unison yang saya buat ialah menggunakan Linux. Saya skip part nak install unison on Linux.

Kalau guna Ubuntu Linux just taip “sudo apt-get install unison” di shell prompt. Dia akan download dan install program unison secara automatik. Kalau guna Linux Fedora pulak, boleh run “yum install unison”, dia akan buat benda yang sama.

Berbalik kepada tugas kita untuk “share”kan directory yang mengandungi data-data yang di “mirror” dari server utama di Internet tadi. Memandangkan Windows client lebih familiar untuk “map network drive” untuk share directory2 di PC mereka, kita patut buat solution ni macam tu jugak. Jadi tak payah nak train mereka untuk steps2 aneh how to access the share directory.

SAMBA (berasal dari nama Server Message Block/SMB) pada awalnya telah dibangunkan oleh developer dari sebuah universiti di Australia. Namun sekarang ianya disupport oleh developer dari seluruh dunia. Seperti juga Unison, SAMBA boleh didownload secara percuma dari Internet (Google for the link).

Secara ringkasnya, SAMBA berfungsi menyediakan antaramuka (interface) di antara UNIX/Linux platform dengan Windows users menggunakan Server Message Block/SMB approach yang dipelopori oleh Microsoft.

Jadi dalam tugasan kita kali ini, kita perlu install samba (apt-get install samba atau yum instal samba, kalau belum ada di Linux anda) terlebih dahulu. Selepas itu, edit fail /etc/samba/smb.conf untuk menetapkan parameter-parameter asas untuk Samba server anda.

Sila rujuk manual yang diberikan bersama program Samba. Secara umumnya, anda perlu setkan nama workgroup, Interface (eth0/eth1/eth2 dll) yang akan digunakan, IP address yang dibenarkan mengaccess Samba server anda, Authentication method dan juga directory yang ingin anda kongsikan (untuk kes saya, directory yang saya telah “mirror”kan).

Setelah siap fail /etc/samba/smb.conf kita edit. Restart service samba dengan menaip arahan “/etc/init.d/smb restart”. Uji samada Samba server anda beroperasi atau tidak dengan menaip arahan “smbclient -L localhost”. Tekan ENTER bila diminta password. Sepatutnya, anda akan dapat lihat paparan service dan direktori yang dikongsi kepada pengguna oleh server Samba anda.

Selepas itu, bolehlah anda uji untuk “map” network drive Samba server dari Windows client. Caranya mudah saja, katakan IP address server Samba anda ialah 192.168.1.1, di Windows anda, klik START->RUN dan taip arahan berikut dalam kotak RUN. “\\192.168.1.1″ (double backslash diikuti IP address dan tekan ENTER). Sepatutnya, satu pop-up Windows akan dipaparkan untuk anda memasukkan username & password untuk access Samba server tersebut. Jika berjaya, anda akan dapat mencapai kandungan directory yang dimaksudkan.

Confuse?.. biasalah tu.. kena cuba dan cuba lagi sampai berjaya. Kalau lost jugak, mungkin banyak termakan semut kot akhir-akhir ni :D .. rajin-rajinlah tanya “Pakcik Google” :) Selamat mencuba!