Archive

Archive for the ‘General’ Category

Banjir dan Bencana Alam

November 9th, 2010 No comments




Sekarang ni dah start musim hujan. Sesetengah negeri di utara semenanjung sedang dilanda banjir besar. Ramai yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir sementara menanti air bah surut di rumah mereka.

Tak kurang jugak, yang terkandas perjalanan ke destinasi yang hendak dituju disebabkan banjir. Jalanraya licin, berlopak dan tidak selamat untuk memandu dengan laju, jadi pastikan kita lebih berwaspada ketika berada di jalanraya.

Kebetulan jugak, sekarang ni musim bas terbalik dan terbabas. Ramai yang terkorban, tercedera dan menderita. Nak elak dari naik bas pun susah, bukan semua orang mampu beli kereta. Ada tu, bukan sebab tak mampu, tapi letih nak drive jauh-jauh, so naik bas lebih senang.

Yang kita takut masa naik bas ni, pemandu dia letih atau tidak kompeten. Kalau faktor lain yang tak dapat dielakkan seperti keadaan lalulintas, atau permukaan jalan yang licin, itu memang tak boleh nak cakap apa, nasib-nasib lah.

Sebab tu, sebelum memulakan perjalanan, elok juga kita baca sedikit sebanyak doa untuk memohon keselamatan kita sepanjang berada di jalanraya dan agar selamat sampai ke destinasi yang dituju pergi dan balik. Selepas tu, kita bertawakkal kepada Allah.

Di negara jiran kita juga (Indonesia), berlaku bencana alam dan ujian dari Allah. Ketika gunung Merapi masih lagi mengeluarkan asap dan debu panas, sebuah kepulauan Mentawai di Sumatera dilanda tsunami akibat gempa bumi kuat.

Semua ni ujian dari Allah. Dunia semakin hari semakin berubah. Dulu, kita tak berasa sangat bahang siang hari, sekarang kalau musim panas terasa bahangnya membakar. Bila ada pembakaran terbuka oleh petani yang nak mulakan kerja berladang, jerebu akan melanda. Dulu takde pun, memang cara mereka pun bertani turun-temurun membakar tanaman lama sebelum menanam benih tanaman baru. Kira 2 dalam 1, pokok lama dimusnahkan lebih mudah dan tanah akan dapat baja bakar untuk kesuburan.

Bila musim hujan pulak, banjir besar boleh datang sekelip mata. Di negara yang ada 4 musim pulak, begitu jugak. Kalau musim sejuk tu dah masuk tahap extreme sejuk, tak macam dulu-dulu. Ada yang kata, ni semua sebab kerakusan manusia jugak tebang hutan sesuka hati, tak jaga persekitaran. So, tohmahan ni lebih ditujukan kepada negara yang ada hutan (macam Malaysia, Indonesia, dan lain-lain). Tapi apa cerita pulak negara yang buat teknologi memusnahkan alam dan macam-macam lagi kerosakan yang lain.

Contoh, kenderaan yang dicipta keluarkan karbon monoksida. Bom dan senjata pemusnah merosakkan eko-sistem dan alam semulajadi. Bangunan-bangunan dan kawasan industri yang merosakkan habitat semulajadi haiwan dan fauna. Macam-macam kerosakan yang manusia buat, bukan semestinya disebabkan oleh tebang hutan saja.

Kalau bumi boleh berbicara, tak larat kita nak dengar sumpah seranah bila kerosakan dibuat manusia.

Hakikatnya, setiap yang terjadi ada pengajaran dan hikmah untuk difikirkan. Jika kita tidak menghargai apa yang diperolehi hari ini, nescaya perkara yang sama akan dipulangkan kepada kita – kita juga tidak dihargai.

Jadi, jangan mengeluh bila didatangi musibah dan dugaan. Terimalah dengan tabah, fikir apa yang kita telah buat dan beristighfar banyak-banyak memohon keampunan dari Allah.

Berhati-hati ketika musim tengkujuh tuan-puan dan para sahabat sekalian.

Categories: General Tags: , ,