Cuti sekolah dah pun nak habis. Tengahari tadi baru sampai semula ke KL selepas bercuti di Pantai Timur sejak Ahad lepas. Alhamdulillah, semuanya selamat dan happy lepas we had a nice trip in Kuantan and Kuala Terengganu.
Masa di KT, kami ada 2 pilihan untuk tinggal. Satu di KT Beach Resort dan satu lagi di Grand Continental. Kedua-duanya saya dah buat pre-booking. Cuma hanya KT Beach Resort yang ada 2 bilik kosong. Grand Continental hanya ada 1 bilik sahaja pada masa tu. So, sampai aje di KT kira-kira 12.30 tengahari, saya terus ke KT Beach Resort di Jalan Sultan Zainal Abidin.
Masa nak belok masuk ke resort tu, Aiman dah start komplen. Dia cakap macam tak best je Abah hotel ni. Duduk belah belakang kedai2..hahaha.. saya dah cuak semacam jugak. Ye lah, mana saya tahu condition resort tu macam mana. Tak penah stay sini lagi. Takpe, saya cakap abah gi check dulu camne. Park kereta kat tepi resort, dan saya terus ke reception area untuk tanya kot2 kami dah boleh check-in. Officer kat situ cakap, pukul 2.00pm baru boleh check-in. Emm.. takpe la.. kami ronda2 dulu sekitar KT dan take our lunch.
Masuk je kereta, anak-anak saya cakap tak best la sebab takleh main pantai. Kebetulan ada projek menambak pantai macam nak buat beting pasir gitu untuk muara sungai. So memang tak dibenarkan main-main kat kawasan projek yang betul2 di depan KT beach resort. Ditambah pulak, resort tu takde kolam renang.. hancus harapan budak2 tu nak enjoy hahaha..
Slow-slow saya gostan kereta dan keluar dari perkarangan resort tu. Saya cakap, OK takpe.. jom kita gi survey Grand Continental, kot2 ada bilik extra satu lagi, kita stay sana. Nak dijadikan cerita, memang rezeki anak-anak lah. Ada extra room walaupun harganya mahal sebab dah takde choice. Rupanya kat dalam kereta masa diaorang menunggu saya pegi tanya, diaorang dah sibuk berdoa mudah-mudahan ada la bilik kosong sebab di Grand Continental ada kolam renang, at least tak dapat main pantai, boleh berendam.. gitula harapan diaorang… hehehe.. so kira makbullah doa dioarang tu..
Dapat pulak executive room tingkat paling atas sekali. So happy sakan lah diaorang. View pun memang superb. Takpelah belanja lebih sikit. Nama pun bercuti, memang kena spend for this. Kalau tak nanti tak enjoy, so waste time and effort. Kadang-kadang terlampau berkira, otak pun pening dan jadi tak produktif masa kita balik kerja nanti. So, saya rasa worth it lah bagi family happy sekali-sekala, tapi saya berlakonlah depan budak-budak tu, cakap abah sacrifies all my money to get you guys this room..hahaha.. diaorang punya lah appreciate masa tu.. cakap thank you abah… tapi tau dah.. esok lusa sure dah tak ingat dah apa yang dia appreciate… budak2 memang cenggitu.
Petang tu lepas dah rehat2 dan had our lunch (saya beli bungkus je kat restoran berdekatan) masing2 dah tak sabar2 nak terjun kolam. Saya ingat nak join sekali, tapi bila tengok ramai pulak kat dalam kolam, tak jadi lah. Just ambik gambar diaorang tengah main. Dekat-dekat pukul 7.00pm saya suruh diaorang naik sebab pool dah nak tutup. Malamnya, ingat nak dinner lepas maghrib, tapi letih pulak. So lepas isyak baru kitaorang keluar makan. Cari-cari kedai makan, tak tau lah pulak nak ke mana. Saya drive sampai ke Cendering, then u-turn balik. Last-last kitorang berenti dekat kedai tomyam. Main order aje apa yang terlintas sebab dah lewat dah. Tengok muka si Akmal pun dah ngantuk semacam. Makanan biasa je taste dia. Sedap lagi dekat Doll tomyam di Sekamat rasanya.
Lepas balik dari dinner, masa untuk berehat dan santai kat bilik. Saya suruh diaorang tidur dan berehat untuk acara esok pulak. Kang ada yang terbabas tidur sampai tengahari tak sempat nak jalan-jalan. Pagi esoknya, kami breakfast di coffe house hotel. Since kupon breakfast ada 5 aje, kena bayar untuk sorang lagi. Breakfast meal kat hotel tu pun tak berapa best. Baik gi makan kat pantai batu burok lagi syok rasanya.
Dah selesai breakfast, kami tinggalkan Akmal dan Adli di bilik bersama bibik. Saya, Adam, Aiman, Faiz dan wife dah siap sedia nak gi Pasar Payang. Bukan nak cari apa pun, nak jenguk2 je. Kalau ada yang menarik baru la beli. Setakat nak cari kain batik, rasanya yang beli tahun lepas masa saya datang family day ERU pun tak abis pakai lagi.
Ni gambar kami tengah jalan ke Pasar Payang. Muka masa pegi happy lagi sebab baru sampai. Nasib baik takde gambar masa tengah jalan balik nak ke kereta..hahaha.. masa tu kena bawak barang..panas dan letih..tambah-tambah si Aiman.. peninglah..penatlah..tau pun.. lagi mau jalan-jalan…

Kuala Terengganu kalau time cuti sekolah macam ni, memang sesak. Kena datang awal pagi kalau nak shopping di Pasar Payang. Kalau dah tengahari, hmmm nak cari parking pun bukan main susah. Pekedai pun bukan main happy sebab pelanggan ramai. Harga saya tau memang mahal dari biasa, tapi sebab kita ni tourist, dah kena maklum dengan keadaan camtu. Macam saya cakap dari awal tadi, bila bercuti atau melancong ni, kena aticipate harga-harga yang “overprice” dalam bajet percutian kita. Kalau tak, boleh pening jugak kepala bila nak membayarnya.
Dalam pukul 11.30am gitu, kami bergerak balik ke hotel sebab nak check-out by 12.00pm. Dekat je pasar Payang tu dengan hotel, so takdelah rushing sangat. Barang-barang pun dah siap pack, cuma tinggal nak bawak turun aje. Dah siap semua, kami pun check-out. Tengok bil hahaha.. padan muka.. kena dalam RM541.00 for 2 executive rooms. Swipe kad plastik dulu, nanti gaji masuk kasi bayar hehe..
On the way back to Kuantan, kami singgah lunch di Pantai Kemasik. Lepas tu singgah lagi dekat Cherating. Sampai di Kuantan dalam pukul 6.30pm. Duduk sehari lagi di Kuantan sebelum berlepas pulang ke KL pagi tadi. Overall, saya rasa puas hati cuti kali ni. Kalau ada bajet lebih, sure kami nak stay lama lagi di Kuala Terengganu. Tengoklah kalau ada rezeki, maybe nak pegi tempat lain pulak. Best kan kalau dapat selalu bercuti ngan family macam ni.. hehe..
Recent Comments