Archive

Archive for the ‘Islam’ Category

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan

August 22nd, 2009 md No comments

Selamat datang Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Bulan yang juga dipanggil Madrasah tarbiah. Bersyukurlah kita kerana masih berkesempatan berjumpa dengan Ramadhan tahun ini.

Ramai yang telah tahu, ramadhan ialah bulan keampunan, bulan di mana ditutup pintu-pintu neraka, dibukakan pintu-pintu syurga. Ibadah yang dilakukan di bulan ramadhan, pahalanya berlipat ganda.

Sesungguhnya, istimewanya ramadhan ini tidak dapat dibandingkan dengan apa yang ada di antara langit dan bumi. Bayangkan umur kita yang pendek jika dibandingkan dengan umat nabi-nabi terdahulu yang jauh lebih lama beribadah kepada Allah. Bagaimana mungkin kita dapat menandingi pahala dan tingkat darjat ketaqwaan mereka jika dihitung dari jumlah waktu dan jangkamasa beribadat.

Maka sebab itu, ramadhan dianugerahkan kepada ummat nabi Muhammad S.A.W. Ummat akhir zaman, agar kita dapat mengimbangi kekurangan dari segi waktu yang terbatas mengerjakan amal ibadah kepada Allah, melalui ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah di bulan ini.

Ramadhan juga memberi peluang besar kepada kita membetulkan amalan-amalan ibadah yang dilakukan sepanjang hidup kita. Jika ada yang masih lemah, terkurang dan tidak sempurna, inilah masanya kita memperkemas dan memperelokkan amal ibadah kita.

Sesungguhnya janji Allah adalah nyata. Hidup di dunia ini hanyalah jambatan untuk ke akhirat. Rebutlah peluang mengerjakan amal ibadah di bulan yang mulia ini seikhlas yang mungkin. Lakukan ibadah berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, serta mengekang nafsu dari berbuat perkara-perkara yang membatalkan puasa dan seterusnya mempertingkatkan martabat puasa kita kepada peringkat yang lebih baik.

Puasa ramadhan adalah berbeza dengan puasa biasa, kerana ianya mutlak antara kita dan Allah. Tiada siapa yang tahu baik atau jeleknya puasa kita.

Salam ramadhan, semoga kita sama-sama beroleh rahmat dan keberkatan, insyaAllah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

August 31st, 2008 md No comments

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi, kerana diberi kesempatan sekali lagi, dipanjangkan umur oleh Allah swt. untuk saya dan umat Islam di dunia hari ini, untuk mengecapi nikmat beramal ibadah di bulan Ramadhan.

Sesungguhnya, Ramadhan ialah bulan kemuliaan, bulan yang diberikan kepadanya pelbagai kelebihan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu neraka. Ramadhan juga adalah penghulu segala bulan. Berbahagialah orang-orang yang beriman apabila tibanya bulan ini.

Saya berdoa, agar diri saya, keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan seluruh umat Islam di seluruh dunia dapat sama-sama memanfaatkan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini untuk kita lipat gandakan amal ibadah, bersedekah, berbuat baik, meningkat kualiti puasa kita dan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kelebihan malam Al-qadar. Amin Ya rabbal ‘alamin.

(Baca entry tahun lepas (2007) berkenaan Ramadhan..)

Categories: Islam Tags:

5 versus 5

April 11th, 2008 md No comments

Biasa dengar nasyid RaiHan tak?. Ada satu nasyid tu, memperingatkan kita akan 5 perkara sebelum tiba 5 perkara. Saya fikir, lirik tersebut yang diambil dari intipati sebuah hadis amat-amat baik untuk dihayati.

Apa yang lima perkara vs. lima perkara tu? (tidak mengikut susunan..)

1. Sihat sebelum Sakit

2. Muda sebelum Tua

3. Lapang sebelum Sempit (sibuk)

4. Kaya sebelum Miskin

5. Hidup sebelum Mati
Sama-samalah kita manfaatkan peluang yang masih ada sebelum semuanya sudah terlambat.

Categories: Islam Tags: