Archive

Archive for October, 2009

Transfering Wordpress to a new URL

October 20th, 2009 md 2 comments

Ahad lepas, aku terpaksa transfer blog pie2020 ke hosting lain sebab disk space dia dah nak sampai limit dah. Ye lah, visitor dia memang tinggi dan ramai yang beri komen di setiap posting yang pie buat. Sekejap je posting-posting di blog pie tu memenuhkan space di webhosting lama.

So, tugas untuk memindahkan data-data dalam blog lama pun dimulakan. Mulanya aku guna tools yang disediakan dalam Wordpress iaitu “Wordpress RSS Export (WRX)”, tapi ada masalah bila nak import ke website baru. Content yang berjaya diimport tak lengkap. Ada sebahagian posting dari bulan 2/2009 sehingga posting terkini bulan 10/2009 tak ada dalam export fail WRX.

Search di google, cari apa punca ada data tak diexport guna tool yang wordpress sediakan. Ada yang cadangkan, kalau data export lebih besar dari 2MB, elok pecah-pecahkan fail utama kepada beberapa bahagian guna program yang dinamakan WPSplitter. WPSplitter akan bahagikan fail utama kepada beberapa fail yang bersaiz 1MB setiap satu. Lepas dah siap proses splitting tu, barulah gunakan Tool Import dari Wordpress untuk select fail-fail tadi.

Malangnya, cara split fail WRX tu masih gagal menyelesaikan masalah. Ada la beberapa posting baru berjaya dimasukkan, tapi masih tak dapat copy kesemua content.

Pencarian diteruskan menerusi Google. Last-last jumpa tips dari support forum Wordpress sendiri. Cara terbaik untuk pindahkan content dari satu laman ke laman baru (URL berubah) ialah dengan backup database wordpress asal menggunakan PhpMyAdmin. Aku ikut je steps yang diberikan dari panduan tu untuk create backup fail content blog asal pie2020.

Memandangkan saiz content blog pie nih besar, utiliti import atau restore database dalam PhpMyAdmin tak boleh digunakan. Error request timeout terhasil sebab data besar sangat menyebabkan browser dan application PhpMyAdmin macam idling. Gagal lagi.

Tiba-tiba aku teringat satu aplikasi penyelesaian untuk restore big database – BigDump. BigDump ialah skrip PHP yang akan membantu kita restore fail backup database MySQL yang bersaiz besar. Teknik dia hampir sama macam WPSplitter di mana kandungan fail asal akan dibaca sedikit demi sedikit semasa proses restoration. Dengan cara ni, skrip BigDump akan memastikan masalah resource/server time out kerana lebih masa tidak berlaku.

Cuma, sebelum kita boleh guna skrip BigDump ke atas fail backup database yang kita ada, semua table dalam database yang kita ingin masukkan data-data baru perlu dihapuskan (empty) terlebih dahulu. Dia nak empty tables, baru skrip tu boleh jalan. Takde masalah, since memang aku nak buat fresh restoration, aku guna PhpMyAdmin untuk empty semua table dalam database blog baru tu.

Settle tugas untuk restore kandungan database. Sekarang kena check content dalam blog baru. Bila aku taip URL blog baru, tiba-tiba page kosong je keluar. Emmm.. apa lagi ni. Aku login ke Admin page wordpress dan check ada apa2 lagi yang aku terlupa.

Oh ya, theme directory kena upload ke website baru. Takpun, just install theme yang sama masa kita backup database di blog asal, boleh jugak. Lepas tu kena update “permalink” setting supaya dia reflect all posting dan komen kepada URL website yang baru.

Satu lagi, ada tips suruh tambah 2 line berikut dalam fail wp-config.php untuk pastikan semua directory dan fail akan menggunakan alamat URL baru.

define('WP_SITEURL', 'http://www.example.com');
define('WP_HOME', 'http://www.example.com');

Kalau masih ada masalah ada page atau directory yang masih tak boleh view selepas korang dah update permalinks, dah edit wp-config.php dan sebagainya, cuba guna plugins berikut untuk update automatically semua URL dalam blog baru. Mungkin berjaya.

Ada satu lagi masalah yang aku notice, ada posting-posting yang mempunyai character  kat dalam dia. Nampak serabut jugak. Nak settle masalah ni, just remark (letak //) pada 2 line berikut dalam fail wp-config.php:

// define(’DB_CHARSET’, ‘utf8′);
// define(’DB_COLLATE’, ”);

Dah selesai semua tu, untuk pastikan semua visitor yang masih belum update URL blog yang baru akan ditransfer secara automatik ke laman web baru, kita boleh masukkan parameter berikut dalam fail .htaccess di laman blog lama:

Redirect 301 /blog/ http://www.newdomain.com/

Selesai!

Rujukan (reference):

1) 10 Steps to move your Wordpress to new domain

2) How to migrate a monster blog

3) How to Move Your Wordpress to new domain

4) Backing-up Your Wordpress Database using PhpMyAdmin

5) BigDump – The Staggered MySQL dump Importer

6) How to move  character from your blog

Selamat mencuba!

Selamat Hari Raya

October 1st, 2009 md 2 comments

Raya dah beberapa minggu berlalu, tapi mood raya masih ada lagi. Tambah pulak kita yang duduk di bandar ni. Hujung minggu memang tak putus-putus rumah terbuka dibuat.

Tahun lepas kitorang buat jugak untuk jiran2 dan kawan2 pejabat. Tapi tahun ni macam tak sempat dan bertembung dengan macam-macam aktiviti hujung minggu pulak. Tapi kalau ada yang nak datang beraya, just call saja dan jemput datang macam biasa.

Ada beberapa perkara yang berlaku dalam bulan puasa lepas. Antaranya birthday Akmal yang jatuh pada 9 September 2009. Akmal dah 6 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Akmal dah pun besar dan dah tak perlu jalan pimpin tangan macam dia kecik-kecik dulu lagi. Hehe.. kalau dulu selalu kena dukung je sebab dia yang kecik, since sekarang dah ada adik (Adli), takleh lagi la.

Walaupun dah ada Adli, Akmal still aktif dan manja macam dulu-dulu. Suka mengusik abang dia Faiz dan sekali sekala bergaduh macam budak-budak lain.

29 September lepas, birthday aku pulak. Sama jugak lah, sekejap je rasa setahun berlalu. Macam-macam benda jugak yang aku buat dalam tempoh tu. Antara yang penting ialah aku berjaya defend proposal PhD dan officially jadi PhD candidate, rumah ayah dan wan di kampung siap dibina, proses beli rumah datuk keramat selesai, proses refinance rumah cheras jaya selesai, proses beli beberapa property untuk investment pun berjaya dibuat walaupun ada satu-dua yang masih dalam proses dengan lawyer dan pejabat tanah.

Semua tu dibuat sebagai perancangan dan persediaan masa depan untuk keluarga aku. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, hasilnya bakal dikecapi sedikit demi sedikit. Sekarang ni perit sikit lah sebab banyak modal dan loan yang perlu diservis tiap-tiap bulan.

Tapi semua tu macam kita buat simpanan bulanan kat bank jugak. Cuma bezanya ialah, aku spend “simpanan bulanan” untuk invest dalam property untuk dapatkan higher profit. Dalam pada tu, property tersebut boleh disewakan untuk dapatkan quick gain every month..so takdelah beban sangat nak bayar bulan-bulan kalau betul perancangan dan strategi masa nak beli dulu.

Masa birthday lepas jugak, aku gi suruhanjaya syarikat malaysia (SSM) di The Mall. Dah lama sebenarnya aku nak pegi situ untuk register sebuah syarikat sole proprietor. Bukan nak start business fulltime pun, just prepare untuk digunakan waktu ada peluang. Kadang-kadang ada job macam training dan short courses yang perlukan company sebab kita tak boleh represent sebagai individu.

Walaupun jumlah bayaran job tersebut kecik, tapi syarikat yang hire kita takleh keluarkan cek atas nama individu. Itu gunanya company sole proprietor, company 2 ringit bak kata orang. So any payment dari syarikat boleh dibuat atas nama company tu. Tapi kena bukak akaun bank lah atas nama company supaya bayaran boleh dikreditkan ke akaun.

Dalam masa yang sama, boleh start perkemaskan statement masuk dan keluar biar nampak lebih sistematik dan tersusun. Boleh jugak belajar sikit-sikit macam mana nak uruskan bisnes secara kecil-kecilan dan prosidur-prosidur yang perlu dipenuhi.

Next big thing yang pending ialah study aku. Sekarang dah almost 2 years aku dok buat PhD. Cabaran aku yang paling besar ialah disiplin dan komitmen terhadap kerja-kerja yang aku kena siapkan. Sebab takde orang akan marah kalau kita tak buat kerja, takde orang akan tengok masa kita buat kerja, itu yang payah tu. Semua kita kena tetapkan sendiri dan update progress pada supervisor. Boleh jadi syok sendiri kalau tak kena gaya.

Sekarang ni aku dok tengah nak pilih teknik apa yang aku nak gunakan untuk selesaikan problem yang aku dah define. Macam-macam teknik yang ada, tapi kena test dan refine teknik yang terbaik untuk permasalahan aku. So kena baca banyak paper dan buat critical analysis terhadap penemuan orang lain. Macam bagus je kita nak kritik kerja orang hehehe..

Apa pun, aku tetap nak teruskan walaupun ada masa macam dah give-up. Give-up sebab mengenangkan timbunan kerja-kerja penulisan dan ujikaji yang ada kat depan tu berlambak-lambak lagi menanti. Bila kenang balik apa matlamat utama aku nak further study aritu, rasa insaf balik untuk teruskan hehehe..

Di kesempatan hari raya yang belum habis lagi ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Idulfitri buat semua rakan-rakan yang mengenali diri aku sekeluarga, tak ketinggalan juga buat tetamu dan pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Mudah-mudahan Idulfitri tahun ni kita sambut dengan penuh keinsafan, dan menjadi titik tolak perubahan diri kita ke arah yang lebih baik.

Maaf Zahir dan batin.

Categories: Umum Tags: