Donation
Musim adik-adik lepasan SPM/STPM masuk universiti/kolej dah bermula. Semalam, sepupu saya dari Kelantan singgah kat rumah sebab Ahad ni dia akan berlepas ke UNIMAS di Sarawak menaiki penerbangan di KLIA.
Saya masih ingat masa saya dapat tawaran masuk UTM dulu. Bukan main happy. First in the family yang dapat masuk U. Emak ngan ayah saya bersyukur bukan main lagi. Dapat tawaran masuk U memanglah happy, tapi bila fikirkan kos nak sediakan duit untuk persiapan beli barang-barang dan perbelanjaan tahun pertama (biasa biasiswa/loan lambat dapat), kesian pulak saya tengok mak dan ayah saya.
Berhempas pulas mereka cuba “cari” duit untuk saya. Saving memang takde lah. Maklumlah, duduk Felda. Pendapatan bulanan cukup-cukup makan dan bayar hutang kantin saja, tak sempat nak buat saving pun (kantin ni macam kedai runcit, tapi milik Felda. Peneroka felda akan ambik barang secara kredit. Bila gaji masuk cukup bulan, gaji mereka akan ditolak dulu dari hutang di kantin, so berapa sen tinggal? sendiri mau pikir la..hehehe).
Saya ingat lagi, ada satu malam tu, ayah saya bawak saya pergi pejabat Felda sebab nak pinjam telefon kat situ untuk call mak sedara saya di Kelantan. Hajatnya nak mintak “donation” untuk tampung belanja permulaan saya. Malangnya takde rezeki kami, mak sedara saya tak dapat bantu. Baliklah kami berdua ke rumah dengan perasaan hampa. Nak tak nak, ayah saya akan ikhtiarkan cara lain. Saya tau, mesti dia akan cuba berhutang dengan kawan-kawan dia. Tak boleh saya bayang macam mana dia susun kata-kata nak meminjam lagi. Hutang-hutang lama pun belum selesai.
Tiba hari pendaftaran, kami bertolak ke UTM Skudai naik kereta putih Nissan Sunny 130Y Cikgu Mahmud. Banyak jasa cikgu Mahmud dan Ayah Chik (cikgu jugak) pada saya. Dia tau ayah saya tak mampu sewa kereta, jadi dia offer untuk hantar saya. Satu lagi “donation” saya dapat. Turut sama, abang saya dan seorang lagi kawan ayah saya (pakcik Mokhtar). So kami berlima lah pagi tu.
Singgah minum di Air Hitam tak silap saya, masa tu Pakcik Mokhtar kata “tengok muka dua beradik ni, yang adik (saya) ni kahwin dulu nanti”. Hahaha, entah macam mana dia menilik air muka saya dengan abang pun saya tak tahu. But it turns out to be true. Memang saya yang kahwin dulu dari abang saya.. hehehe.. manyak tererlah Pakcik Mokhtar ni (dah arwah, Al-fatihah).
Dalam pukul 10 pagi gitu, sampailah saya kat pintu gerbang gedabak UTM Skudai. Fuh.. rasa seram semacam je masa tu. Apa taknya, berdebar jugak nak jadi student U ni. Terasa macam “aku lah yang paling bodo ni nanti.. mesti ramai orang-orang pandai kat sini”. Lepas register kat pondok pengawal, kami terus ke Kampung Merbau untuk urusan pendaftaran kursus dan asrama. Urusan pendaftaran selesai sebelum tengahari.
Lepas hantar barang ke blok asrama, kami lunch bersama sebelum ayah saya dan yang lain mintak diri untuk pulang. Masa tu saya bersalam dengan semua orang, dan bila sampai turn bersalam dengan kawan “nujum” ayah saya tu, dia seluk poket dan berikan saya not RM5.00 sambil cakap “Ini je pakcik ada, sikit je ni, tapi ambiklah”. Saya ambik duit “donation” pakcik Mokhtar dengan rasa terharu dan insaf.
Masa iring mereka semua ke kerata, saya dah rasa sebak semacam je. Tengok air muka ayah saya dan yang lain-lain masa tu saya tak boleh gambarkan harapan besar mereka pada saya. Saya rasa harapan yang sama ada pada setiap ibu-bapa dan keluarga yang hantar anak mereka ke universiti/kolej setiap tahun walaupun bergelut dengan masalah kewangan.
Sekarang dah jadi tanggungjawab saya pula. Bila ada sedara mara yang telefon cerita anak mereka masuk U/kolej. Saya faham situasi mereka. Kalau tak banyak pun, kena usahakan berikan sumbangan/donation seikhlas mungkin. Bukan nilai wang tu yang jadi ukuran, tapi niat ikhlas kita untuk membantu tu, akan dapat memberi sokongan moral kepada keluarga mereka dan juga suntikan semangat kepada anak mereka yang akan belajar tu.
Kalau anak mereka tu “celik”, mesti dia akan ingat pengorbanan susah payah mak dan ayah mereka nak cari duit untuk masukkan mereka ke U/kolej. Tapi ramai jugak yang “hanyut” bila berkawan. Lupa asal-usul dan emak ayah yang susah kat kampung. Kes macam ni susah jugak nak komen.
Apa pun, kita yang dah “lepas” cabaran nak belajar dulu, dan kini mula mengecapi sedikit kesenangan, dermalah sikit untuk anak-anak ahli keluarga kita yang susah tu. Sapa tau, esok-esok bila anak cucu kita pulak susah, ada “orang lain” yang akan bantu, insyaAllah. Kan ada hadis nabi – “Tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah”. Bersedekah atau mendermalah sekadar yang mampu.
Selamat belajar buat semua pelajar-pelajar baru!.
MERBAU………..awak pun duduk merbau ke masa kat UTM skudai……..saya pun duduk situ juga…………situ banyak sedap tidur wooooo……..asrama yang 2 timgkat tu…saya duduk tingkat 2…..satu bilik 2 orang punya……..
ya la bang Jos.. merbau.. blok L28..bilik no 210A..haha siap ingat.. satu bilik 2 orang. macam hotel!
hahaha…seronok lak baca blog post ko ni..mmg, bila teringatkan kisah lama tu, terharu pun ada…ayah aku mmg bangga abih..tambah2 lak 2-2 anaknya sekali masuk UTM (twin aku)…aku ingat lagi,kami naik keretapi dari KL – JB, dgn beg besar…amik coach simple jer, (aircon free – tingkap), sampai JB jam 6pagi, ada bas tunggu kat stesen ketapi JB…pegh..mmg tangkap syahdu tul… tu yg best bila tgk pics lama kat facebook tu….
lepas tu jumpa lak ko kat merbau… aku sebilik ngan Amir, ko ngan pon-pon…hehehe..
apa2 pun, jasa org tua kita mmg tak terbalas…insyaAllah kita buat apa yg termampu la ye…amin…
Adie.. ayah ko selalu jugak datang jenguk kan. Sian aku tengok kalau dia sampai pagi tido dekat sofa ruang tamu L28 tu.. apa kabar dia sekarang adie?
uyooo.. aku pun budak UTM gak.. merbauwan gak.. L04.. ha ha ha.. junior korang laa.. budak ukur.. hak hak…
Fizal, lerr.. UTM gak ko rupanya.. L04 tu dekat dgn dewan makan kan.. L28 belah atas kena cross sungai kecik..haha ada lagi ke sungai tu?.. dulu nak cross dari L28 tu malas nak lalu jambatan yang dia buat, kitorang “bina titi” sendiri untuk short cut hahaha..
Nan, oh…dah lupa aku pasal ayah aku tido kat bawah tu ye…mmm..terharu aku..ingat lagi ko ye… thanks. Baru semalam aku call ayah aku, saja tanya khabar… dia kat Sungkai, Perak, skrg dah pencen polis dah, tapi masih sihat lagi skang, buat keje2 kampung.. aku balik gak sekali sebulan, dah senang dah nak balik ada hiway… kalau ko lalu sungkai, singgahla ke rumah, atau lepak kat Kolam air panas (TRAP_ sungkai) really nice!
Adie.. alhamdulillah, sihat lagi ayah ko. Ingat stay Klang je. Ada jugak dengar member motor aku pasal resort/kolam air panas sungkai. Ada masa boleh gi test..
wowowoowwoo…senior pokli la nih….tapi pokli grad UTM thn 2000….ambik CS…SCK…tapi tak pandai sgt pasal IT…pandai berniaga jer…pokli dulu pernah duduk MERANTI & CENGAL….nanti kita boleh sembang panjang pasal UTM nih….
universiti tendang menendang
Dah memasing cerita pasal merbau UTM… hee..hee..rasanya engko semua junior aku le tu… aku rasanya antara group awal kat sana .. L07… masa tu rumput pun tak tumbuh lagi 1988-1991…cepatnya masa berlalu