Home > General > Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi

April 29th, 2009 Leave a comment Go to comments




Bandar Baru Bangi (BBB) ialah sebuah perbandaran serba baru (obviously) yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak awal tahun 1990-an lagi (mungkin lebih awal).

Kalau dulu, Bangi terkenal kerana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), namun kini dengan wujudnya Bandar Baru Bangi, pelbagai kemudahan dan prasarana lain yang sinonim dengan Bangi dan penduduknya.

Secara peribadi saya lebih gemar ke Bandar Baru Bangi berbanding ke Kajang atau ke Kuala Lumpur jika ingin “mencari” apa-apa. Hatta untuk mendapat rawatan perubatan pun, saya lebih selesa untuk ke Bandar Baru Bangi. Bukan tiada klinik yang lebih dekat dengan taman perumahan saya (Cheras Jaya, Balakong), namun saya lebih gemar ke sana.

Pun begitu, saya masih tidak terdetik untuk tinggal di BBB kerana prasarana yang serba lengkap menyebabkan peningkatan kadar penduduk, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Saya lebih “bahagia” tinggal di Balakong, yang pernah mendapat jolokan “kawasan jin bertendang”, “tempat jual jamban” dan macam-macam lagi oleh kawan-kawan saya hehehe..

Sejak tahun lepas, anak-anak saya mula bersekolah di sekolah rendah Islam (SRI) Ayesha di Bandar Baru Bangi. Bermulalah rutin baru bagi isteri saya setiap hari (memandangkan dia memandu dan saya lebih gemar bermotosikal kerana hobi dan praktikal ke sana sini).

Pada mulanya, tidak terasa sulit untuk menghantar dan mengambil anak-anak, kerana perjalanan ke Bangi adalah sehala untuk ke tempat isteri saya bertugas. Namun akhir-akhir ini, agak sukar pula bila sekolah menetapkan anak-anak perlu diambil sebelum pukul 6.00 petang. Kadangkala ada mesyuarat di pejabat yang bermula pukul 4.30 dan tamat jam 6 petang, jadi kelam kabut pula untuk menjemput anak-anak di sekolah.

Setelah berbincang panjang lebar, kami memutuskan untuk mencari rumah di Bandar Baru Bangi untuk memudahkan persekolahan anak-anak diuruskan dengan lancar (ada bas sekolah). Nak buat rumah sendiri di tanah yang dibeli di Teras Jernang, faktor keselamatan (pencuri kerap ceroboh masuk rumah) pula yang dibimbangkan. Jadi pilihan sementara ialah mendapatkan rumah yang sesuai di Bandar Baru Bangi.

Kalau ada sesiapa yang ingin menjual rumah teres 2 tingkat di seksyen 8, atau 9 atau 4 atau 7 bolehlah hubungi saya untuk berbincang. Harap-harapnya “within my budget”, kalau tidak, kenalah kami bersabar dengan keadaan sekarang.

Categories: General Tags:
  1. April 29th, 2009 at 22:51 | #1

    demo cerito pasal BBB, teringat kawe pasal terlepas rumah teres 2 tingkat org mau jual harga rm190k, keluasan 20×70.. kat seksyen 8.. masa tu jahil lg pasal hartanah lg.. menyesal xdok guno. harga rumah tu skrg rm250k. hehehehe

  2. md
    April 29th, 2009 at 23:19 | #2

    tu la pasal.. kawe mulo ada pilihan nak beli di balakong atau BBB. haha senae2 kalu refinance tahun ni dapat extra 100K.. huhu.. takpo rezeki Allah buwi kot lain :)

  3. April 30th, 2009 at 03:47 | #3

    buwi kak teratak.. heheh

  4. April 30th, 2009 at 09:48 | #4

    faris.. hahahaha… tengah2 malam tu :)

  5. shila
    November 9th, 2010 at 08:57 | #5

    Salam saudara,
    Melalui blog saudara, sy mengetahui tntg Sri Ayesha. Malangnya dah sy telefon, penempatan untuk Primary 1 & Primary 5 sudah penuh! frustnyaaaaa….tak de rezeki. Agak2nya ada tak org nak pull out in the middle of the year nanti?

  6. November 9th, 2010 at 09:28 | #6

    biasa kalau nak register for new students, bulan august every year. Placement test akan dibuat untuk year 1 student yang bukan dari kindergarten sri ayesha. Puan boleh cuba daftar jugak anak2 puan dalam queue. Just in case ada yang pull out, puan akan dimaklumkan. Kena jumpa direct dengan puan azizah (principal) kalau benar2 berminat.

  1. No trackbacks yet.