Archive

Archive for April, 2009

Bandar Baru Bangi

April 29th, 2009 md 4 comments

Bandar Baru Bangi (BBB) ialah sebuah perbandaran serba baru (obviously) yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak awal tahun 1990-an lagi (mungkin lebih awal).

Kalau dulu, Bangi terkenal kerana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), namun kini dengan wujudnya Bandar Baru Bangi, pelbagai kemudahan dan prasarana lain yang sinonim dengan Bangi dan penduduknya.

Secara peribadi saya lebih gemar ke Bandar Baru Bangi berbanding ke Kajang atau ke Kuala Lumpur jika ingin “mencari” apa-apa. Hatta untuk mendapat rawatan perubatan pun, saya lebih selesa untuk ke Bandar Baru Bangi. Bukan tiada klinik yang lebih dekat dengan taman perumahan saya (Cheras Jaya, Balakong), namun saya lebih gemar ke sana.

Pun begitu, saya masih tidak terdetik untuk tinggal di BBB kerana prasarana yang serba lengkap menyebabkan peningkatan kadar penduduk, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Saya lebih “bahagia” tinggal di Balakong, yang pernah mendapat jolokan “kawasan jin bertendang”, “tempat jual jamban” dan macam-macam lagi oleh kawan-kawan saya hehehe..

Sejak tahun lepas, anak-anak saya mula bersekolah di sekolah rendah Islam (SRI) Ayesha di Bandar Baru Bangi. Bermulalah rutin baru bagi isteri saya setiap hari (memandangkan dia memandu dan saya lebih gemar bermotosikal kerana hobi dan praktikal ke sana sini).

Pada mulanya, tidak terasa sulit untuk menghantar dan mengambil anak-anak, kerana perjalanan ke Bangi adalah sehala untuk ke tempat isteri saya bertugas. Namun akhir-akhir ini, agak sukar pula bila sekolah menetapkan anak-anak perlu diambil sebelum pukul 6.00 petang. Kadangkala ada mesyuarat di pejabat yang bermula pukul 4.30 dan tamat jam 6 petang, jadi kelam kabut pula untuk menjemput anak-anak di sekolah.

Setelah berbincang panjang lebar, kami memutuskan untuk mencari rumah di Bandar Baru Bangi untuk memudahkan persekolahan anak-anak diuruskan dengan lancar (ada bas sekolah). Nak buat rumah sendiri di tanah yang dibeli di Teras Jernang, faktor keselamatan (pencuri kerap ceroboh masuk rumah) pula yang dibimbangkan. Jadi pilihan sementara ialah mendapatkan rumah yang sesuai di Bandar Baru Bangi.

Kalau ada sesiapa yang ingin menjual rumah teres 2 tingkat di seksyen 8, atau 9 atau 4 atau 7 bolehlah hubungi saya untuk berbincang. Harap-harapnya “within my budget”, kalau tidak, kenalah kami bersabar dengan keadaan sekarang.

Categories: Umum Tags:

Osteoarthritis

April 16th, 2009 md 1 comment

Ape kebende osteoarthtiris ni?. Ianya ialah sakit tulang. Biasa kena pada orang tua. Lagi biasa kena pada orang tua yang ada masalah obesiti. Ayah saya salah seorang daripadanya.

Isnin lepas, saya bawa ayah saya berjumpa pakar tulang di Hospital Pakar AnNur, Bandar Baru Bangi. Sakit lututnya tak beransur pulih sejak setahun yang lepas. Macam-macam ubat dah makan. Berurut, makjun, macam macam dah cuba. Tak berkurang juga sakitnya.

Ditambah pulak 2 kali ayah saya terjatuh sebab kaki tiba-tiba krem (ada kaitan dengan ghout ke?). Jadi saya pujuk ayah saya datang KL dan ikut saya jumpa pakar tulang. X-ray pun dibuat dan nampaklah struktur tulang lutut ayah saya bila ditunjukkan oleh doktor.

Doktor menerangkan, fenomena ni biasa berlaku di usia seperti ayah saya. Rawan dah nipis atau haus. Tulang pula dah mula pecah-pecah dan berduri menyebabkan kesakitan apabila ianya bergesel bila berlaku pergerakan ketika berjalan, rukuk dan tahiyyat di waktu solat. Ianya dipanggil osteoarthritis.

Cara penyelesaian ada beberapa pilihan. Makan ubat dan supplement, suntikan (ada 2 jenis) dan pembedahan lutut. Untuk kes ayah saya, doktor menyarankan agar cuba ambil painkiller mobic dan supplement glucosamine sulfate. Pemerhatian akan dibuat selama 3 bulan. Jika tidak serasi, doktor akan menyarankan kaedah rawatan yang lain pula.

Setakat ini, ayah saya kata, jika makan painkiller mobic tu, rasa kesakitan berkurang. Saya harap beliau akan terus mengambil supplement glucosamine sulfate selama 3 bulan untuk membantu memulihkan dan merawat tulang lutut beliau. Satu lagi cara untuk mengurangkan tekanan di bahagian lutut ialah menggunakan tongkat. Tapi ayah saya tak mahu hehe.. mungkin tak “macho” agaknya hehe..

Esok ayah saya akan balik semula ke Kuantan. Harap-harapnya sakit lututnya beransur pulih.