Archive

Archive for November, 2008

Anomaly Detection

November 17th, 2008 md No comments

Tengah dok prepare presentation slides dan report untuk proposal defense this week. Saya dah ubah topik, dulu nak buat user profiling, tapi bila tengok macam tak kena gaya saja focus research tu lepas presentation in May, saya mati akal. 5 bulan lebih saya “melahu” (idle).

Few weeks back baru ada semangat nak tengok balik research area and buat some literature guna keywords berkaitan anomaly detection. Voila!.. memang banyak rupanya research dalam area ni, terutama yang menarik minat saya berkaitan network behaviour analysis. One of important subject kalau nak buat network forensic or network security study.

Dah jumpa supervisor last two weeks and discussed about this new topic, she’d agreed and waiting for my literature review report. Tup-tup minggu lepas, research group software dah nak buat Postgrad seminar di Seremban. Semua orang kena present progress dan proposal (bagi yang tak present lagi). Huhu.. gilo apo 2 minggu untuk prepare all that.

Yang letih bab nak buat report ni satu je.. nak organise and relate ideas kepada ayat-ayat. Kalau present tu senang sikit, sebab slide tak perlu panjang berjela2. Whatever it is, job need to be done kan.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. :D

Teringat

November 11th, 2008 md 2 comments

Bersua kembali hehehe.. lama menyepi tapi masih ada dan sihat alhamdulillah..

Sebut pasal teringat ni, macam-macam yang boleh buat kita teringat. Kadang-kadang bila dah teringat, mula lah gelabah tak tentu pasal nak buat benda yang kita teringat tu. Contoh macam, baru teringat tak bayar duit kad kredit yang hampir tamat tarikh bayarannya, teringat nak kena pegi sekolah anak jumpa cikgu ambik report card dan macam-macam lagi lah.

Ada jugak kalanya, kita teringat sesuatu yang pernah kita lakukan masa lampau. Tersenyum sorang-sorang dibuatnya bila teringat kisah lucu bersama rakan-rakan. Ada juga buatkan kita tersenyum kelat bila teringat masa kita di “kena”kan orang hehe..

Tapi hari ni, saya teringat betapa seronoknya kalau dapat kumpulkan balik kawan-kawan lama saya waktu di sekolah rendah dan menengah dahulu. Kawan-kawan di Universiti, hampir separuh masih berutus email (mailing list) walaupun tidak kerap. Tapi kawan-kawan sekolah, ada yang langsung terputus hubungan.

Saya teringat kawan tadika saya – Budin, Nazrin, dan lain-lain. Saya teringat kawan darjah satu saya – Nasa, Rashid (dah arwah), Khairul, Nuar, Zul, Noraini, Kamisah, Fadilah (awi) dan lain-lain lagi. Saya teringat kawan tingkatan satu saya – Sudin, Zamran, Khalid, One, Fuad, Azina, Intan, Zamri Mat Dom dan lain-lain lagi. Saya teringat kawan tingkatan empat saya – Rosli, Kamarzaman, Pawi, Aziz, Hamzah, Abon (Halim), Osman, Nik, Azulyzal, Harman Yadi, Yusri (Big), Khazri, Salim, Badhri, Joe, Lyn, Radziah, Norish,  Farziah, Sakinah, Azizah, Intan dan lain-lain.

Dan saya juga teringat kat Anda! yang saya tak tahu masih ingat pada saya atau tidak :D

Categories: Umum Tags: