Archive

Archive for October, 2008

Tahniah Cikgu Mansor

October 23rd, 2008 md No comments

Hari Selasa lepas (21 Oktober 2008) ialah hari yang amat bersejarah buat Abang sulung saya, Cikgu Mansor bin Deraman. Pada usia 43 tahun, beliau akhirnya berjaya mendapatkan segulung ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Abang saya ni pada awalnya tak nampak jalan lagi dah untuk lanjutkan pelajaran lepas tamat Maktab dahulu. Namun, setelah diperkenalkan program pendidikan jarak jauh (PJJ) oleh UPM, beliau mula memerhati dari jauh. Mulanya isteri beliau serta rakan-rakan guru lain yang telah berjaya menamatkan pengajjian secara PJJ ini dengan baik, tak lama selepas itu barulah terdetik di hati beliau untuk mencuba :)

Abe Sor Grad

Abe Sor di Hari Konvokesyen

Saya rasa, berbaloi segala penat lelah yang dihabiskan sewaktu bersengkang mata mentelaah, bersabar dengan bebanan tugasan dan cabaran belajar di usia yang semakin meningkat.

Saya percaya ramai lagi rakyat Malaysia di luar sana yang lebih berumur dari abang saya namun masih gigih belajar walaupun terpaksa bersaing dengan pelajar yang jauh lebih muda dan bertenaga. Ini yang dinamakan usaha tak mengenal erti penat lelah. Allah akan menaikkan darjat orang yang berilmu itu ke beberapa darjat, jadi janganlah jemu untuk terus menimba ilmu selagi boleh.

Kebetulan pula, saya menjadi tutor sambilan di Open University Malaysia (OUM), memang lumrah di dalam kelas yang saya kendalikan, pelajarnya terdiri dari pelajar-pelajar dewasa dari pelbagai latar belakang kerja dan pengalaman. J

Justeru, bila abang saya bergaya dengan jubah konvokesyennya pada hari Selasa lepas, saya rasa terharu kerana akhirnya dapat juga beliau mencapai cita-cita yang dihajati sejak sekian lama, lebih menggembirakan saya ialah, beliau ialah ahli keluarga saya sendiri. Wang ringgit boleh dicari, tapi ilmu bermanfaat perlu dituntut dan dipelajari.

Tahniah Abe Sor!, jangan serik untuk belajar dan sambung pula ke peringkat Masters! :)

Categories: Keluarga Tags:

Network Behavior Analysis

October 23rd, 2008 md No comments

Lama jugak tak buat entry baru di blog saya ni. Mungkin rasa kenyang dengan juadah Hari Raya dan rumah terbuka tak abis lagi kot. Alhamdulillah, puasa Ramadhan dah pun selesai, begitu juga puasa 6 hari bulan Syawal pun telah selamat saya sempurnakan. Mudah-mudahan diterima Allah hendaknya.

Setelah puas bercuti panjang, terasa malas pula nak mulakan tugas di pejabat. Bila dah rasa malas, banyak perkara yang terlupa, termasuklah pengajian saya yang dah masuk semester 2 tapi tak nampak progress yang banyak lagi.

Akhir sekali saya sentuh hal berkaitan study, bulan Mei lepas. Itu pun sebab kena buat presentation di colloquium kumpulan CAIT , UKM (centre for artificial intelligent technology). Masa presentation tu banyak juga komen-komen yang diberikan, sampai saya tak sempat nak salin. Cuma yang paling teringat sangat – “Konsep you pun salah, kena banyak betulkan lagi dan buat literature yang mendalam”. Hahaha… terus rasa macam budak bodoh aje masa tu..

Read more…