MySQL – How to Import (dump) big SQL backup file
Pernahkah anda ingin membuat salinan kandungan laman blog atau forum anda ke web hosting baru atau laman web mirror (salinan)?. Pernahkah anda menghadapi masalah untuk menyalin kesemua database dari laman utama yang besar menggunakan kemudahan PhpMyAdmin?.
Kali ini, saya ingin kongsikan tips untuk anda Restore backup MySQL database dengan menggunakan BigDump script. Saya perolehi panduan ini hasil pembacaan dari Internet. Tips ini mungkin berguna jika anda melanggan perkhidmatan webhosting dengan aplikasi cPanel dan PhpMyAdmin untuk mentadbir laman web anda.
Senarionya ialah, anda telahpun membuat backup database aplikasi anda seperti Forum atau Blog, sekarang anda ingin menggunakan PhpMyAdmin untuk “restore” kembali fail backup tersebut (mungkin ke laman lain atau setelah ada masalah database corrupt), tetapi ianya gagal!.
Biasanya masalah akan timbul untuk restore database yang besar saiznya. Puncanya, kekurangan memory yang diperuntukkan kepada PhpMyAdmin untuk melakukan operasi membaca setiap baris “query” dan “insert” daripada fail SQL yang besar.
Mujur ada skrip PHP “BigDump” yang dibangunkan oleh Alexey Ozerov yang dapat melakukan tugas “dumping” database SQL yang besar dengan mudah dan selamat. Saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang skrip bigdump kerana FAQ yang diberikan oleh Alexey begitu mudah untuk difahami. Saya akan berikan langkah-langkah untuk menghasilkan fail backup yang betul bagi membolehkan skrip PHP BigDump digunakan tanpa masalah.
1. Mula-mula, anda perlu akses cPanel laman web utama yang anda ingin backup atau pindahkan databasenya.

2. Kemudian pilih PhpMyAdmin

3. Kemudian Klik pada database yang anda ingin backup

4. Kemudian pilih tab “Export”

5. Kemudian pilih “table” yang anda ingin backup (anda boleh tekan SHIFT+ MOUSE CLICK untuk pilihan lebih dari 1 table secara berturutan, atau CTRL+MOUSE CLICK untuk pilihan tidak berturutan)

6. Kemudian pilih butang “SQL” (default)

7. Kemudian buangkan (uncheck) pilihan kotak “Extended Insert”

8. Kemudian pilih butang “zipped” untuk save fail anda (agar lebih kecil untuk download)

9. Akhir sekali tekan Butang “GO” untuk download backup table/database anda.

Setelah selesai membuat salinan (backup) table-table database anda, sekarang anda boleh upload atau FTP fail-fail berkenaan ke directory yang sama di mana skrip BigDump diletakkan (pastikan anda mengubah configuration dalam fail PHP skrip BigDump sebelum memulakan proses dumping database records).
Gunakan File Manager dari menu cPanel sekali lagi untuk extract fail zip database tables yang anda upload tadi. Jika anda telahpun mempunyai rekod awal (default) di dalam aplikasi blog atau forum baru yang ingin menyalin database laman utama, gunakan PhpMyAdmin untuk “drop” kesemua tables dalam database baru tersebut terlebih dahulu.
Ini adalah kerana, skrip BigDump akan mencipta kembali table-table yang diperlukan bagi database laman blog atau forum anda melalui rekod di dalam backup database yang digunakan.
Setelah anda bersedia dan telahpun mengosongkan (drop) database baru laman web anda, bolehlah anda halakan (point) web browser anda ke skrip bigdump untuk memulakan proses penyalinan rekod-rekod.

Lihat mesej ralat (jika ada) dan periksa kembali konfigurasi atau setting yang perlu anda buat. Setelah semuanya selesai, periksa perjalanan laman web baru (mirror) anda. Saya harap anda dapat sedikit gambaran bagaimana mahu menggunakan kemudahan skrip BigDump. Mungkin FAQ dan manual yang disediakan di laman web BigDump juga boleh memberi tips.
Selamat mencuba!.
Recent Comments