Berbuka Puasa Bersama Penyampai Hot FM dan 100 Plus
Sabtu lepas (06 September), saya dijemput untuk sama-sama meraikan majlis berbuka Puasa bersama Hot FM dan 100 plus di rumah Encik Kamal di Taman Sunway Batu Caves – sahabat ketika di UTM dulu dan kini sama-sama dalam Komuniti Permotoran Easy Riders United (http://www.easyridersunited.com).
Penyampai Hot FM yang turut sama di majlis berkenaan ialah Azura, Suraya dan Kartini. Sebenarnya isteri kawan saya tu dah menang peraduan mereka slogan yang dianjurkan oleh Hot FM dan 100 Plus sempena Ramadhan. Jadi sebagai ganjaran, 100 Plus telah menaja majlis berbuka puasa di rumah beliau bersama-sama 50 jemputan yang dipilih sendiri oleh tuan rumah.

Majlis diadakan dalam hujan rintik-rintik, namun suasana tetap meriah dan “happening”. Sempat juga lah anak saya mencelah untuk acara yang diadakan sebelum waktu berbuka. Selesai berbuka dan solat maghrib, acara disambung seketika lagi sebelum ditamatkan seketika selepas azan Isyak.
Tahniah kepada Kamal & Sa’diah atas kemenangan tersebut.

pegghhh!! dasat gak kao nan!! tak sangka..hehehe…
aku kenal Kamal ngan Saadiah tu…!
//Afidie
Adi.. itu la.. pusing2 jumpa balik member lama
ko nak tengok the rest of the pics boleh check sini:
http://flickr.com/photos/jalanjalan/sets/72157607168656782/