How to Repair MySQL table using PhpMyAdmin?
Dapat SMS pagi-pagi lagi, “Salam, forum ERU crash” – ringkas tapi padat!.
Masa dapat mesej tu masih dalam perjalanan ke office. Jadi tak boleh nak balas untuk beri feedback sebab tak tau situasi sebenar. Sampai je kat office, satu lagi masalah timbul, cPanel webhosting tak boleh dicapai dari belakang firewall. Sebab cPanel guna unprivillege port, bukan standard port 80 untuk website biasa.
Puas fikir macam mana nak access cPanel. Mula-mula cuba access dari Free web proxy di Internet. Tak boleh. Guna pulak tunnelling application (Freegate). Tak boleh. Last-last baru perasan, cPanel boleh access guna virtual server. Cuma perlu add satu record dalam DNS setting untuk IP address virtual server tersebut.
OK, dah berjaya masuk ke cPanel, sekarang kena periksa apa masalah database forum. Senang saja, copy mesej ralat dan “paste”kan di Google search box. Voila!, keluar macam-macam jawapan dari pelbagai website. Link ke 3 dari search result membawa kepada penyelesaian.
Saya perlu gunakan PhpMyAdmin untuk “REPAIR table” database yang rosak. Caranya seperti di bawah:
1) Klik PhPMyAdmin dari cPanel
2) Pilih database yang bermasalah
3) Klik tab “SQL”
4) Taip arahan berikut – “REPAIR TABLE <the_table_name>” dan klik OK atau GO.
5) Selesai
Alhamdulillah, masalah telah berjaya diatasi. Kalau anda ada masalah yang serupa, saya harap tips ini boleh dicuba. Kalau tak berjaya juga, apa kata tanya “pakcik” Google
Recent Comments