Unix – How to remove control ^M character in text file
OK, kalau anda yang guna Unix, tips ni saya harap dapat membantu. Pernah tak anda dapati text file yang anda FTP dari Windows/DOS ke server Unix mempunyai banyak ^M character dihujung setiap baris?
Ini adalah disebabkan format fail DOS/Windows telah menambah aksara berkenaan. Apabila kita FTP/upload fail teks berkenaan (contoh skrip PHP) dan terus cuba untuk “execute” skrip berkenaan, kadangkala ralat akan diberikan oleh pelayan web.
Bila kita periksa kandungan fail teks tersebut menggunakan “vi editor”, barulah terperasan ada “caret M” (^M) ditambah di setiap hujung baris. Aksara ini perlu dibuang untuk mendapatkan kandungan asal fail atau skrip berkenaan.
Ada beberapa cara yang anda boleh gunakan seperti di bawah:
1) dari aplikasi “vi”, buka fail tersebut (i.e. vi test.php), taip “:1,$s/^M//g” dan <enter>. Pastikan anda menekan keyboard “CTRL-V dan diikuti CTRL-M” untuk menghasilkan aksara “^M”, bukan menekan simbol “^” diikuti huruf “M”.
2) menggunakan utiliti “dos2unix”. Cara ini lebih mudah, cepat & selamat. Taipkan “dos2unix *” di direktori yang mengandungi fail-fail teks dengan kandungan aksara “^M” itu tadi. mudah kan
Selamat mencuba!
Recent Comments