Special Interest User Group
Kalau anda perasan, hampir setiap orang mempunyai hobi dan minat yang tersendiri. Contohnya, ada yang minat memancing, melancong, bersukan, permotoran, fotografi, berniaga, membaca, bertani dan berbagai-bagai lagi. Hatta kepada minat mengumpul pelekat barangan pun ada pengikutnya.
Dengan kecanggihan Internet dan kemudahan aplikasi Web Forum (atau forum lebih ringkas), kita dapat berhubung dan berkongsi berita, tips dan minat dengan khalayak yang besar menggunakan platform ini.
Saya ambil contoh, saya mempunyai 2 hobi utama (setakat ini) iaitu motosikal berkuasa tinggi dan juga fotografi. Bagi hobi motorsikal, saya menjadi ahli di forum Easyriders United (http://www.easyridersunited.com/forum) dan juga Superbike Malaysia (http://www.superbikemalaysia.com) untuk mendapatkan maklumat teknikal, perkembangan terkini aktiviti atau sekadar melepaskan kebosanan dari sesuatu yang rutin (seperti kerja di pejabat).
Untuk hobi fotografi pula, saya menyertai forum LensaMalaysia (http://www.lensamalaysia.com/forum) dan juga PhotoMalaysia (http://www.photomalaysia.com/forums) untuk mendapatkan maklumat, teknik, photo gears dan pelbagai lagi info yang berguna untuk dipraktikkan.
Forum-forum yang diwujudkan ini juga dikenali sebagai “Special Interest User Group” (SIG), di mana khalayak yang menyertainya datang dari pelbagai latar belakang namun tertumpu kepada hobi dan minat yang sama.
Fenomena ini dilihat sebagai sihat (mungkin ada juga SIG yang terpesong) dan dapat memberikan impak yang besar kepada percambahan idea, perkongsian ilmu, pengalaman dan kepuasan melakukan aktiviti bersama.
Cuba anda periksa, berapa banyak SIG yang anda telah sertai setakat ini?.. hehehe tentu banyak kan
Recent Comments