Home > Family > 12th Anniversary

12th Anniversary

August 18th, 2008 Leave a comment Go to comments




Lambat sikit entry ni.. sepatutnya ditulis Ahad lepas (17.08.2008).

Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah menjangkau usia 12 tahun ulangtahun perkahwinan saya dan isteri. Dibandingkan dengan pasangan yang jauh lebih tua, sudah tentu usia perkahwinan kami ni masih mentah. Namun, setiap detik dan waktu, sering ada saja perkara baru yang kami lalui – pahit, manis, suka, duka, gelak, tawa, dan tangis.

Mengimbau detik 17 Ogos 1996, bagaikan baru saja majlis akad nikah saya dan isteri – Gadis yang saya temui di depan Dunkin Donuts, Puduraya pada tahun 1994. Pertemuan tidak dirancang ketika saya datang untuk berjumpa rakan “chatting” saya dari Singapura yang menunggu bas untuk pulang setelah menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Singapura dan Pahang pada malam sebelumnya (Singapura menang 4-0).

Lewat pertemuan tersebut, kami terus berhubung melalui email dan channel IRC #warung dan #kampung bila berkesempatan. Kalau ada yang pernah berIRC sekitar tahun 1993~1996, mungkin anda pernah terjumpa nickname “SiFu” dan “iKa” hehehe… cinta Internet bawa ke pelamin.

Petang tadi, saya bawa isteri saya ke restoran Secret Recipe untuk dinner bersama (memang kami biasa makan malam awal, sekitar jam 6.30pm). Ingat nak ajak semalam, tapi ada urusan lain pulak menghalang. Hari ni pun tak rancang sebenarnya, sebaik isteri saya sampai di pintu pagar, terus saya ajak dia keluar semula. Terpinga-pinga sekejap isteri saya. Saya kata, jom kita celebrate anniversary kat Secret Recipe :D

Saya bersyukur masih diberikan peluang meraikan detik-detik istimewa ini bersamanya. Saya tahu, masih banyak kekurangan dan hasrat yang ingin dicapai bersama. Itulah resmi hidup berumahtangga. Lagikan lidah boleh tergigit, inikan pula suami-isteri. Mungkin sebab dah faham benar dengan perangai saya, apa yang bermain di kepala saya pun, dia dah boleh agak. Memang tak boleh tipu punya hehehe..

Saya berdoa agar, hubungan bahagia saya dan isteri saya terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan diberkati dan dirahmati hidup kami seisi keluarga dengan keredhaan dariNya.

  1. October 15th, 2008 at 13:28 | #1

    Semoga bahagia ke anak cucu..
    Gembira jumpa ko balik SiFu… dulu aku guna nick KuLaT ..:D
    skarang dah selesa dengan Abah….

    Buat la open house!

  2. October 15th, 2008 at 13:42 | #2

    KuLaT.. sapo tak ingat ko.. mari aje la rumah bila senang heheh

  1. No trackbacks yet.