Virtual Private Network (VPN)
2 hari lepas, saya cuba install VPN server di pejabat. Mulanya tak berjaya, saya tukar server lain dan mulakan installation dari awal (step-by-step), alhamdulillah berjaya.
Kenapa nak ada server VPN?. Secara mudahnya, untuk membolehkan satu laluan (tunnel) yang selamat (dienkrip) antara client dan server menggunakan capaian Internet Umum (Public Internet Access). Bayangkan anda ingin mencapai aplikasi pejabat dari Internet. Masalahnya, alamat IP server aplikasi tersebut menggunakan private IP network – jadi tidak boleh dicapai terus dari Internet.
Penyelesaian VPN membolehkan capaian dilakukan walaupun kita berada di luar pejabat. Malah hubungan yang dibuat juga adalah selamat, kerana kita sahaja yang dapat mencapai aplikasi tersebut melalui secure tunnel yang dicipta.
Berapa kos VPN server ni?. Tak memerlukan belanja yang besar kalau anda tahu configurenya sendiri. Download perisian POPTOP dari laman http://www.poptop.org dan install pada Linux server pilihan anda. Saya telah cuba di Redhat dan Fedora, kedua-duanya berjaya. Client pula, saya telah cuba capaian dari Windows XP Professional dan Redhat Linux, kedua-duanya berjaya.
Ini ialah contoh config files (klik untuk melihat) yang saya gunakan. Jika anda mahukan servis ini untuk syarikat anda, boleh juga hubungi saya
Recent Comments