Home > General > Lost and Found

Lost and Found




Gembira rasanya terjumpa kembali sebahagian dari koleksi website awal saya sekitar tahun 2000 (atau mungkin lebih awal). Hari khamis lepas, saya ke pejabat isteri saya. Kebetulan saya diminta untuk bantu “clear”kan temporary files dalam drive C PC isteri saya.

Sambil-sambil tu saya buat backup direktori-direktori penting. Secara tak sengaja, terpandang direktori dengan nama saya di dalam lokasi backup yang lama. Selongkar punya selongkar, terjumpa direktori website lama saya di virtualave.net dahulu.

Cepat-cepat saya salin dan upload ke hosting server sekarang. Boleh juga saya rujuk sekali-sekala skrip-skrip yang pernah saya hasilkan waktu berjinak-jinak dengan dunia Open Source Software, terutama Linux operating system

Kini, laman tersebut boleh dicapai semula di sini -> http://www.deraman.com/oldweb :)

Categories: General Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.