Home > Information Technology > Skrin Biru – Bahagian 2

Skrin Biru – Bahagian 2

April 26th, 2008 Leave a comment Go to comments




Sambungan dari Bahagian 1

Saya ke MINES IT city pada sebelah malamnya. Pada mulanya saya bercadang untuk ke Plaza Low Yat untuk mendapatkan hard disk yang sesuai dengan harga yang murah (orang kata di sana lebih murah kerana banyak kedai). Namun mengenangkan hati tidak tenang selagi tak dapat pulihkan laptop saya, terus saya pergi ke MINES IT City yang tidak jauh dari rumah.

Sampai saja di sana, saya ronda-ronda di sekitar kedai-kedai komputer dan aksesori yang ada. Saya cari kedai yang tidak berapa besar tetapi mempunyai barangan yang dipamerkan agak banyak. Biasanya kedai-kedai sebegini walaupun susun aturnya tidak kemas lebih kompetitif harga barangannya kerana menunjukkan ramai pelanggan singgah (sampai tak sempat nak berkemas). Saya pilih hard disk berkapasiti 120GB dengan harga RM185 (murah sangat berbanding 2 tahun dulu!)

Selesai membayar harga hard disk tersebut, cepat-cepat saya balik ke rumah. Proses seterusnya ialah install Windows XP dan configure driver device-device yang ada di laptop berkenaan.

Dipendekkan cerita, proses installation berjaya dilaksanakan walaupun agak sukar untuk mencari device driver yang betul. 2 hari selepas itu, saya bercadang untuk memasang laptop saya dengan Linux. Saya akan jadikan sistem dual-boot, di mana saya boleh memilih untuk menggunakan sistem operasi yang mana satu ketika saya boot laptop saya.

Saya periksa di laman carian Google, dan distro yang paling sesuai untuk model laptop saya (HP compaq NX5000) ialah SuSe 9.1. Memandangkan SuSe ialah distro Linux komersil (yang dibeli oleh Novell), saya terpaksa menggunakan “openSUSE” iaitu versi sumber terbuka (opensource) dari Novell.

Saya akan kongsikan kisah saya install openSUSE di laptop HP NX5000 dalam tulisan berikutnya (ketika saya menulis posting ini, saya menggunakan openSUSE 10.3 di laptop saya :) )

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.