Skrin Biru – Bahagian 1
Hari Ahad minggu lepas, setelah hampir 5 tahun menggunakan laptop saya (HP NX5000), akhirnya sistemnya mengalami masalah dan “crash” setelah ianya “hang” semasa saya ingin membuka attachment file dari webmail syarikat saya.
Memang saya jaga betul-betul sistem dan aplikasi yang dipasang di laptop saya kerana saya tidak suka masalah yang tidak dijangka berlaku bila kita benar-benar memerlukan sistem beroperasi dengan sempurna.
Biasanya, bila tekan “ctrl+alt+del”, masalah masih boleh diatasi apabila “task manager” memberikan kita peluang untuk menamatkan proses yang tidak memberi apa-apa respon. Namun kali ini, walau berpuluh-puluh kali saya menekan butang “ctrl+alt+del”, sistem tetap “hang” dan tidak memberi apa-apa petanda akan pulih. Penyelesaian terakhir, terapaksalah saya tekan butang “power on/off” secara nekad.
Bila saya “ON” kembali laptop saya, BIOS memberikan ralat “SMART Hard Disk Error: ATTR 05 – please backup your files immediately!”. Wow!, ini sudah kes berat, biasanya bila saya reboot, masalah akan selesai. Saya masih boleh boot seperti biasa ke Windows, namun responnya amat lembab. Ini membuatkan saya mengulangi proses “reboot” dengan harapan, masalah boleh pulih selepas itu.
Setelah “reboot” beberapa kali, sistem Windows saya masih juga tidak beroperasi seperti biasa. Saya harus lakukan “backup” fail-fail penting saya secepat mungkin ke USB external hard disk. Tak sampai 30% proses menyalin data-data dilakukan, tiba-tiba “blue screen” muncul lagi. Alahai…. parah pulak masalah kali ini. Sekali lagi, saya masuk ke Windows menggunakan “Safe-Mode”, saya salin kembali data-data yang ingin dibackup ke partition kedua (dalam hard disk yang sama). Kononnya, kalau ada masalah pada partition utama, data saya masih ada di partition yang baik.
Setelah menyalin data-data yang dikehendaki ke partition kedua, saya pun memilih option “check disk & scan for bad sector” dari menu Disk Management dalam Administrative Menu. Namun pilihan ini mengundang bencana besar. Ada 5 proses pemeriksaan masalah dilakukan olen Windows sebaik saja sistem direboot. Proses 1 hingga 4 berjaya dilalui dengan baik, namun apabila proses ke 5 (scan for bad sector) dilakukan, hard disk saya tiba-tiba mengeluarkan bunyi yang kuat dan berulang-ulang.
Wah!.. jantung saya berdegup-degup, doa tak putus-putus diucap, mintak-mintak janganlah rosak hard disk tu secara fizikal. Kalau rosak software saja tak kronik lagi. Nasib memang tidak menyebelahi saya. Proses ke 5 hard disk check gagal ditamatkan, dan laptop saya direboot secara automatik. Sebaik ianya direboot, BIOS mengeluarkan mesej “No Operating System or System Disk!” alamak!!!… hard disk sudah corrupt!.
Saya masuk ke BIOS setting, dan periksa kalau-kalau ada pilihan untuk reset to factory default setting untuk hard disk. Huh!.. hard disk langsung tiada dalam senarai device yang dikesan oleh BIOS. Innalillah
Keesokan harinya, saya ke pejabat membawa beberapa CD installer. Hajat dihati, saya ingin betulkan masalah ini sambil menggunakan PC di pejabat untuk “mount” hard disk laptop saya menggunakan external USB hard disk casing. Cubaan demi cubaan, masih gagal. Nampaknya saya perlu beli hard disk baru
Bersambung ke bahagian kedua
Recent Comments