Archive

Archive for April, 2008

Skrin Biru – Bahagian 2

April 26th, 2008 md No comments

Sambungan dari Bahagian 1

Saya ke MINES IT city pada sebelah malamnya. Pada mulanya saya bercadang untuk ke Plaza Low Yat untuk mendapatkan hard disk yang sesuai dengan harga yang murah (orang kata di sana lebih murah kerana banyak kedai). Namun mengenangkan hati tidak tenang selagi tak dapat pulihkan laptop saya, terus saya pergi ke MINES IT City yang tidak jauh dari rumah.

Sampai saja di sana, saya ronda-ronda di sekitar kedai-kedai komputer dan aksesori yang ada. Saya cari kedai yang tidak berapa besar tetapi mempunyai barangan yang dipamerkan agak banyak. Biasanya kedai-kedai sebegini walaupun susun aturnya tidak kemas lebih kompetitif harga barangannya kerana menunjukkan ramai pelanggan singgah (sampai tak sempat nak berkemas). Saya pilih hard disk berkapasiti 120GB dengan harga RM185 (murah sangat berbanding 2 tahun dulu!)

Read more…

Skrin Biru – Bahagian 1

April 26th, 2008 md No comments

Hari Ahad minggu lepas, setelah hampir 5 tahun menggunakan laptop saya (HP NX5000), akhirnya sistemnya mengalami masalah dan “crash” setelah ianya “hang” semasa saya ingin membuka attachment file dari webmail syarikat saya.

Memang saya jaga betul-betul sistem dan aplikasi yang dipasang di laptop saya kerana saya tidak suka masalah yang tidak dijangka berlaku bila kita benar-benar memerlukan sistem beroperasi dengan sempurna.

Biasanya, bila tekan “ctrl+alt+del”, masalah masih boleh diatasi apabila “task manager” memberikan kita peluang untuk menamatkan proses yang tidak memberi apa-apa respon. Namun kali ini, walau berpuluh-puluh kali saya menekan butang “ctrl+alt+del”, sistem tetap “hang” dan tidak memberi apa-apa petanda akan pulih. Penyelesaian terakhir, terapaksalah saya tekan butang “power on/off” secara nekad.

Bila saya “ON” kembali laptop saya, BIOS memberikan ralat “SMART Hard Disk Error: ATTR 05 – please backup your files immediately!”. Wow!, ini sudah kes berat, biasanya bila saya reboot, masalah akan selesai. Saya masih boleh boot seperti biasa ke Windows, namun responnya amat lembab. Ini membuatkan saya mengulangi proses “reboot” dengan harapan, masalah boleh pulih selepas itu.

Setelah “reboot” beberapa kali, sistem Windows saya masih juga tidak beroperasi seperti biasa. Saya harus lakukan “backup” fail-fail penting saya secepat mungkin ke USB external hard disk. Tak sampai 30% proses menyalin data-data dilakukan, tiba-tiba “blue screen” muncul lagi. Alahai…. parah pulak masalah kali ini. Sekali lagi, saya masuk ke Windows menggunakan “Safe-Mode”, saya salin kembali data-data yang ingin dibackup ke partition kedua (dalam hard disk yang sama). Kononnya, kalau ada masalah pada partition utama, data saya masih ada di partition yang baik.

Read more…

Categories: Teknologi Maklumat Tags:

New Born

April 19th, 2008 md 6 comments

Alhamdulillah, Hari Rabu lepas (16 April 2008), anak ke 5 saya selamat dilahirkan oleh isteri saya di Hospital An-Nur Hasanah, Bandar Baru Bangi. Ini adalah anak lelaki ke 5 kami :)

Berat badan baby saya ialah 3.1kg dan kedua-dua baby dan Ibunya sihat walafiat. Isteri saya mula terasa “contraction” pukul 2 pagi, namun dalam pukul 4 pagi baru saya dikejutkan sekali lagi untuk bawa beliau ke hospital. Alhamdulillah, trafik pun tidak sibuk, jadi perjalanan tenang saja untuk ke hospital yang jaraknya kira-kira 12km saja dari rumah kami.

Setibanya di hospital, saya terus bawa isteri saya ke kaunter pendaftaran dan beliau terus di bawa ke “labour room” untuk proses seterusnya. Waktu tu, saya tak putus-putus berdoa agar segalanya dipermudahkan. Memang tak sanggup nak lihat keperitan sakit yang ditanggung ibu yang ingin melahirkan anak. Patutlah dikatakan “Syurga di bawah telapak kaki ibu”. Apa tidaknya, waktu proses bersalin umpama pertarungan hidup dan mati.

Kebetulan doktor isteri saya telah ada di hospital kerana ada pelanggannya yang lain turut berada di labour room. Doktor menjangkakan isteri saya akan bersalin dalam waktu subuh nanti. Namun ketika azan subuh, masih tiada tanda-tanda beliau akan bersalin. Jadi sempat saya menunaikan solat Subuh di masjid di hadapan hospital berkenaan.

Ketika berada di sisi isteri, saya cuba untuk memberi perangsang dan kata-kata semangat kepada beliau. Waktu sebegini, peranan suami hanyalah sebagai pendorong kepada isteri agar sentiasa tenang dan tabah menghadapi cabaran untuk melahirkan anak. Saya sempat membaca sebahagian dari surah Maryam dari PDA phone saya. Bagus juga ada kecanggihan teknologi untuk dimanfaatkan sebegini.

Lebih kurang pukul 7.03 pagi, anak saya selamat dilahirkan ke dunia dengan keadaan yang sempurna, Alhamdulillah syukur tidak terhingga atas nikmat dan kurnia Allah kepada kami sekeluarga. Isteri saya juga tenang dan sihat ketika semuanya selesai, alhamdulillah sekali lagi.

InsyaAllah, hari Selasa ini (7 hari selepas lahir), saya akan menamakan anak saya dan mendaftar sijil kelahirannya di Jabatan Pendaftaran Negara. Hajat di hati mahu buat aqiqah terus, namun harinya pula waktu hari bekerja, mungkin saya akan buat juga pada hari yang bersesuaian dalam gandaan 7 hari (ikut panduan aqiqah yang disarankan dalam 1 ceramah di radio), atau pada masa yang lebih sesuai nanti, insyaAllah.

Categories: Keluarga Tags:

5 versus 5

April 11th, 2008 md No comments

Biasa dengar nasyid RaiHan tak?. Ada satu nasyid tu, memperingatkan kita akan 5 perkara sebelum tiba 5 perkara. Saya fikir, lirik tersebut yang diambil dari intipati sebuah hadis amat-amat baik untuk dihayati.

Apa yang lima perkara vs. lima perkara tu? (tidak mengikut susunan..)

1. Sihat sebelum Sakit

2. Muda sebelum Tua

3. Lapang sebelum Sempit (sibuk)

4. Kaya sebelum Miskin

5. Hidup sebelum Mati
Sama-samalah kita manfaatkan peluang yang masih ada sebelum semuanya sudah terlambat.

Categories: Islam Tags: