Photo Shoot Perkahwinan Khairul dan Farah
Sabtu lepas, 8 Mac 2008, selepas sahaja menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia (mengundi untuk pilihanraya ke 12 di Sekolah Datuk Keramat 1&2 bagi Parlimen Titiwangsa), saya berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik ipar saya Mohamad Khairul Nizam Ismail di Gunung Rapat, Simpang Pulai, Perak.
Memandangkan tiada jurukamera rasmi yang adik ipar saya upah, jadi saya pun cubalah jadi jurukamera “tangkap muat”. Di bawah ialah antara foto yang sempat saya ambil (banyak lagi di flickr page saya).

Selamat Pengantin baru Khairul & Farah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan beroleh rahmat dalam perkahwinan ini.
Kalau ada yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan saya, bolehlah email ke maznan {@} deraman _dot_ com (buang tanda-tanda {} dan _, banyak sangat spam bot sekarang ni). Setakat ini, saya hanya ambil gambar-gambar aktiviti ahli keluarga dan kumpulan motorsikal saya saja
Recent Comments