Flickr
Saya ada beberapa akaun percuma Flickr (menggunakan akaun Yahoo!) untuk menyimpan beberapa koleksi gambar-gambar yang saya ambil dari kamera digital (Konica Minolta Dynax 7D, Maxxum 5D, Canon A540 dan kamera cap ayam 6.0megapixel
). Anda boleh lihat salah satu koleksi gambar saya di sini.
Saya suka mengambil gambar, satu hobi sejak dari zaman persekolahan lagi. Masalahnya, bila terlalu banyak gambar yang diambil, bagaimana untuk disimpan, disusun dan diletakkan di tempat yang selamat dan mudah untuk dilihat kembali.
Ada beberapa kekurangan akaun percuma Flickr, antaranya ialah dari segi jumlah koleksi gambar yang boleh disimpan, set atau kategori yang boleh dibuat, had bandwidth dan beberapa kekurangan lagi. Saya suka flickr disebabkan kualiti gambar yang disimpan sama dengan kualiti yang kita edit sebelum proses “upload” dilakukan. Tak banyak “image gallery” percuma yang memberikan kualiti sebegini. Dilengkapi pula dengan aplikasi “Flickr Uploadr”, ianya semakin memudahkan kerja-kerja untuk upload gambar ke gallery.
Yuran setahun untuk melanggan Flickr Pro (akaun berbayar tanpa had penggunaan, koleksi dan sebagainya) ialah sekitar $24.95, lebih kurang RM95.00. Dilihat dari harga yang ditetapkan, ada alternatif lain iaitu membayar pakej webhosting 10GB dengan RM100++ dan anda boleh menggunakan banyak aplikasi image gallery percuma di Internet untuk tujuan penyimpanan gambar.
Saya pun ada juga image gallery di webhosting dan cara untuk upload gambar juga mudah – menggunakan FTP. Namun perisian ini tidak secanggih Flickr. Kualiti gambarnya juga tidak sebaik Flickr apabila ianya dipaparkan di Web. Jika mahu dikekalkan kualiti imej yang sama, saiz fail pula terlalu besar. Seperkara lagi, saya perlu bersusah payah mentadbir sistem gallery tersebut termasuk layout, database dan sebagainya – leceh kan
Dalam waktu terdekat, saya fikir saya terpaksa juga upgrade salah satu akaun percuma Flickr saya ke akaun “Pro” untuk menikmati kelebihan yang diberikan. Apa tidaknya, saya pernah hilang koleksi gambar digital sekitar 8GB apabila hard disk saya rosak tahun lepas. Terlupa “back-up” pulak tu, jadi lebih baik saya letakkan di tempat yang lebih selamat dan diselenggara secara professional.
Bak kata pepatah Melayu, “Alah membeli, menang memakai” – nampaknya saya akur dan pasrah kali ini pada perkhidmatan orang lain (biasanya saya buat sendiri benda-benda macam ni, sebab mudah..)
Nan,
Aku pakai SW free jer, dan upload ke webhosting afidie.com tu.. no need extra money.. tapi tool tu simple to use and flexible..recomended..
refer here: http://jalbum.net/