Pilihanraya Umum Malaysia ke 12
Pagi tadi, dengan rasminya, Pak Lah mengumumkan pembubaran parlimen Malaysia. Untuk kali ke 12, rakyat Malaysia akan menentukan kerajaan yang menjadi pilihan meneraju tampuk pimpinan negara.
Ini adalah kali ketiga saya berpeluang untuk mengundi di Parlimen Titiwangsa. Biasanya, hanya dua calon yang akan bertanding iaitu calon BN dan PAS. Belum pernah lagi calon PAS menang di kerusi parlimen Titiwangsa.
Media massa dan elektronik sudah mula memuatkan pelbagai berita berkaitan persiapan pilihanraya. Begitu juga dengan Internet – laman web, blog, forum dan sebagainya. Setiap saluran berkempen akan mula digerakkan dan diaktifkan walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum mengumumkan tarikh penamaan calon, namun kempen “maya” telahpun dimulakan oleh semua pihak.
Kepada rakyat Malaysia yang layak mengundi, saya ucapkan selamat mengundi wakil rakyat pilihan anda. Undilah dengan bijak dan penuh tanggungjawab.
Recent Comments