Koperasi Permodalan Felda
Baru-baru ini, saya terjumpa satu thread perbincangan berkenaan dividen yang lumayan (14~15% setahun) yang dibayar oleh KPF (Koperasi Permodalan Felda) kepada ahlinya.
Selama ini, saya fikirkan hanya Bank Rakyat sahaja yang mampu membayar dividen setinggi itu. Rupa-rupanya saya terlepas pandang rezeki di depan mata.
Apa tidaknya, ayah saya ialah seorang peneroka felda, bukan baru, sejak dari tahun 1972 lagi. Memang saya tahu ayah saya ada mencarum sejumlah wang dalam KPF, tapi tidaklah banyak. Mungkin juga sebab tiada dorongan dan jumlah kewangan yang banyak juga kerumitan untuk urusan menambah modal menyebabkan ayah saya tidak terlalu beria-ia untuk menjaga portfolio pelaburan KPFnya.
Lantas dengan bantuan Internet dan Pelayar web, saya melayari laman http://www.felda.net.my/KPF/ untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan KPF. Ooo La La!.. rupa-rupanya anak peneroka juga boleh menjadi ahli!. Ini sudah bagus, tambahan pula, portfolio pelaburan KPF adalah dalam sektor yang diluluskan oleh syariah!. Jadi tak perlu lah saya was-was lagi.
Sekembali ayahanda saya dari mengerjakan haji nanti (23 Januari), bolehlah saya pinjam kad pengenalan beliau sekejap
untuk difotokopi. Lepas tu, saya akan isi borang keahlian dan akan mula mencarum untuk pelaburan jangka panjang, insyaAllah.
salam..
saya juga salah seorang anak peneroka felda,tp masih menuntut di salah sebuah IPTA. Boleh x klu student mcm saya nak buat pelaburan kat KPF? di Maybank, student boleh buat loan, tanpa penyata gaji..so,klu kpf mcmaner pulak yer? tq…
boy,
boleh asalkan berumur 18 tahun ke atas rasanya..
Ini maklumat dari laman web KPF
Siapakah yang layak menjadi anggota?
1) Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelakuan baik
2) Koperasi-koperasi peneroka Felda
3) Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas dan isteri
4) Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi ahli Koperasi sebelum bersara
5) Koperasi-koperasi kakitangan Felda
Hi salam,
Tumpang tanya… KPF bape minimum dan maximum deposit dia? Bleh tak ajar step by step sket camne nak melabur…
p/s: Baru sedar juga kewujudan dan kelebihan KPF ni… Padahal lahir dan membesar kat felda… huhu…
salam,
Saya pun anak felda gak. Dah lama tau pasal KPF (tau nama je), tapi tuntutan kerja menyebabkan lambat jari ni nak klik kat laman web KPF. Last-last tadi terklik. La.. ropanya, borang masuk ahli pun ada kat situ, dah download pun, mesti isi lepas ni. So, apa tunggu lagi, marilah kita ramai-ramai sebagai anak peneroka felda melabur dalam KPF.
Alhamdulillah, tadi saya call KPF, permohonan keahlian saya telah diluluskan. Deposit minimum untuk melayakkan mendapat dividen tahunan ialan RM100 sahaja. Maksimum deposit untuk satu keluarga (bukan per individu) ialah RM250,000. Jadi kalau ramai adik beradik, kenalah bermesyuarat untuk tentukan berapa had maksima setiap ahli keluarga boleh carum
Deposit digalakkan dimasukkan menerusi Cek ke atas nama:
“Koperasi Permodalan Felda” . Tulis nombor keahlian, nama dan no. telefon anda dibelakang cek. Cek boleh dipos ke alamat berikut (seperti diberitahu oleh pegawai KPF menerusi telefon):
Koperasi Permodalan Felda Berhad
Blok J, Anjung Felda
Jalan Maktab
54000 Kuala Lumpur
Untuk semakan no. ahli bagi yang telah memohon, boleh hubungi nombor telefon berikut dan berikan no. kad pengenalan anda:
03-26970502 / 03-26942095
Semoga dapat membantu kepada yang bertanya
Selamat sejahtera kpad semua.Saya ingin bertannya berkenaan dividen KPF 2008, bila akan diumumkan dan pada bulan apa dividen akan dibayar? Sebab LTAT dah umumkan 16% untuk tahun 2008. Sekian, terima kasih.
mcmana kalu nak buat loan dgn KPF boleh tak dan apakah syarat2nya?
saya anak peneroka, saya ingin bertanya sekiranya saya telah meningal dunia adakah anak2 atau isteri boleh mengunakan no ahli saya utk mengekalkan keahlian dlm saham KPF ini?
saye nak tanye…kpf ini adalah pinjaman seperti asb atau pelaburan..
nurul, KPF ni pelaburan dalam koperasi yang dimiliki oleh Felda.
salam. sape ada info tentang bila asb bayar dividen setiap tahun… saya nak bezakan dengan kpf yg amik masa 7 bulan.
Salam . Mana -anak -anak felda dari Gedangsa ,Soeharto dan Sg Tengi serta lain -lain tu bukalah laman web koperasi ni .Semua dapat info terkini dan yang tak da internet tu beritahu ler pada rakan -rakan yang lain .Bukan mudah nak dapat seperti ini . Beritahu orang -aorang tua kat kampung .
Wassallam .
Sahlah..memang betul sebagai anak felda kita patut tahu kelebihan yg ada pada felda dan salah satunya membuat pelaburan dlm KPF.Gunakan peluang yg ada ini….toksahlah nak memandang yg lain2.Apa lagi Gerak la cepat….sejarah dah membuktikan pembayaran dividen+bonus cukup ‘superb’.
salam…. selamat hari raya… saya cuba cari borang untuk jadi ahli KPF dalam website KPF.. tidak jumpa la.. dapat bantu?.
sapa2 yg cari borang tak jumpa cuba tgk kat sini http://www.felda.net.my/kpf/
saya dah daftar ahli pada bulan jun 2009, tapi smpai skrg belum dpt jwpn lg. brp lama lg mau tunggu yea.
@iena.. boleh call KPF tanya status.. kadang2 dia lambat hantar surat.. saya dulu call je dan dapat tahu dah lulus jadi ahli.
iena vs eis, u kene cal no di atas tu.. derang tu kurang agresif skit.. kita yg kene agresifkan derang.. hehehe… mntk maapla staf felda woi.. atok pn kene.. 3 bulan stil tkde feedback.. skali bile cal.. keahlian mmg dah approve sbulan slps atok submit.. tp derang x maklumkn.
thanks abg md n atoks. cause bg maklumbalas. tapi bila iena tepon kat kpf 2, dia kata permohonan tak lulus lagi. main pass2 line lah plok. ada tak cara lain yang boleh iena nk pastikan permohonan ni lulus.
terus p sana je laa.. jmpe bosss sana..
@iena vs eis
Salam iena, boleh check melalui pejabat felda setiap felda jugak. macam saya dulu semua melalui ayah kat kampung, dia amik borang kat pejabat felda, saya isi, pastu ayah antar ke pejabat felda..selang lebih kurang dua minggu ayah antar sms no ahli kpf saya.
assalamualaikum……….koi nak tanye ni…ayah tiri koi ni peneroka pelda.boleh tak koi masuk saham dalam kpf………..
1) saya anak peneroka,nk jdik pencarum KPF,berapa modal minimum nk masuk?adakah kita perlu masukan pada tiap-tiap bulan atau hanya modal permulaan saja?dan tunggu sehingga cukup tahun.
2) Macam saya anak peneroka isteri bukan anak peneroka boleh mencarum tak?
sya nk tnya berapa modal permulaan untuk mencarum dalam KPF?
Saya pernah bertugas di Perbadanan Kilang Felda di sekitar tahun 80an dan telah diberi saham secara percuma bernilai RM 200.
Tepi saya telah berhenti berkerja selupas itu.
Persoalannya sekarang saya tidak pernah mendapat dividen sehingga sekarang. Satu pertanyaan adakan dividen yang belum dituntut akan dimasukkan semula dalam perlaburaan sya seterusnya.
Dimanakan tempat saya boleh menyemak jumlah perlaburan saya sehingga ini.Dibahagian mana sya boleh berurusan seterusnya.
Sekian terima kasih
@wan_meng447@yahoo.com.my
sy br jer jd ahli kpf…nk tanya kalau kite nk keluar kn duit tu kne g HQ ke?susah x?
saya ade memohon untk keahlian melalui pejabat rancangn (jengka 23)
sejak awal tahun lalu..
sehingga kini tidak ada ape-ape maklumat mngenainya..
adakah nama sy dah tercatat mempunyai no ahli??
apakah no ahli saya.. (800201-06-5704)
Banyak persoalan yang saya kira, boleh diajukan terus kepada KPF di alamat berikut:
Koperasi Permodalan Felda Berhad
Blok J, Anjung Felda
Jalan Maktab
54000 Kuala Lumpur
Untuk semakan no. ahli bagi yang telah memohon, boleh hubungi nombor telefon berikut dan berikan no. kad pengenalan anda:
03-26970502 / 03-26942095
Semoga dapat membantu kepada yang bertanya
Salam, benarkah pelaburan KPF akan ditamatkan pada hujung tahun 2010? Adakah masih ada ruang dan peluang untuk kami anak peneroka yang belum sempat melabur tetapi sangat berminat nak join KPF ini.Minta respon kepada sesiapa yg tahu. TQ
anak peneroka yang berumur 18 tahun keatas layak menjadi ahli KPF dan KPF juga ada menyediakan kemudahan pembiyaaan kpd anggotanya. pembiayaan ini bersandarkan kepada sijil KPF so berapa banyak sijil kpf yang anda ada tulah maksima pembiyaan yang blh dipohon. Rasayne kena ada pendapatan jugak kalau tak nak bayar loan tu macammana cuma dia lebih flexible sebab kalau anda blh membuktikan pendapatan walaupun bukan makan gaji maka masih blh diconsider. tapi kena ada bukti dlm bentuk dokumenklah.kalau tak cukup income blh dapatkan penjamin tapi hanya dlm kalangan keluarga terdekat sahaja.Kalau nak tahu lebih detai lawatilah laman web KPF atau telefon kepejabat KPF.
saya anak peneroka,saya nak tanya satu soalan,ayah saya sudah meninggal dunia jadi bolehkah saya mengambilalih kpf ayah saya keatas nama saya jika boleh bagaimana caranya.saya harap pihak kpf dapat bantu saya.
encik zamri boleh call KPF untuk bertanya bagaimana cara waris boleh dapatkan account pemodal KPF berkenaan.
kenapalah baru sekarang saya tahu kewujudan KPF ni…ruginye