Home > Financial Management > ASB – Halal atau Haram?

ASB – Halal atau Haram?

December 5th, 2007 Leave a comment Go to comments




Saya fikir ramai di antara kita yang berminat untuk “membebaskan diri” dari masalah kewangan. Ramai juga yang mengikuti pelbagai kursus dan seminar tentang teknik-teknik untuk keluar dari masalah kewangan.

Yang terbaru saya temui ialah menggunakan ASB dan kemudahan Overdraf (OD) untuk merancang kebebasan kewangan peribadi. Saya ambil masa kira-kira 2 minggu untuk mengkaji dan mempelajari dari rakan-rakan yang mahir dalam hal ini untuk mengetahui teknik yang mereka gunakan. Memang tidak dinafikan, pakej ASB/OD ini sangat-sangat menggamit nafsu.

Apa tidaknya, simpanan anda dalam akaun ASB tidak terusik, namun anda diberikan “instant fund” yang boleh digunakan untuk menguruskan kewangan anda, baik untuk melangsaikan hutang, membuat pelaburan jangka pendek (seperti membeli saham, membeli benih tanaman, dll.) juga sebagai cara untuk membayar pinjaman ASB yang baru!. Semuanya dibuat menggunakan wang dari akaun OD anda. Bagaimana pula ianya menguntungkan?.

Atas perkiraan mudah dividen dan bonus ASB setiap tahun mencapai 8% berbanding dengan kadar faedah Overdraf sekitar BLR (Base Lending Rate semasa 6.75%) + 0% (tawaran terbaik dari sebuah bank merah-biru) maka secara congaknya, anda akan mempunyai margin keuntungan sekitar 1~1.50 % untuk tempoh 1 tahun. “Keuntungan” ini digunakan untuk membayar kembali kadar faedah tahunan overdraf yang telah digunakan sebelum ini.

Banyak forum dan blog yang menceritakan secara terperinci langkah-langkah bagaimana anda boleh gunakan teknik ini untuk memenuhkan akaun ASB anda (RM200K) dan dalam masa yang sama dapat membina kekayaan melalui pelaburan hartanah, perkhidmatan, pertanian dan perniagaan yang anda ingin ceburi. Ada juga yang menggunakan “keuntungan” ini untuk membeli kenderaan idaman mereka. Mereka akan tersenyum lebar membayar ansuran bulanan yang kurang dari jumlah dividen ASB atas pelaburan RM200K (sekitar RM16K setahun jika dikira atas dividen 8%)

Namun persoalan utama yang menjadi faktor penghalang saya meneruskan kaedah ini ialah berkenaan fatwa ASB itu sendiri adakah pelaburannya menurut syariah atau tidak. Carian ringkas (quick search) menemui beberapa jawapan yang cukup untuk memberi panduan untuk saya:

Persatuan Ulama’ Malaysia

Fatwa Negeri Selangor

Forum ustaz Zaharuddin

Forum Darulnuman

Perbincangan Isu ASB di Bicarajutawan

Forum perbincangan Sambest

Setelah membaca ulasan-ulasan dan pendapat-pendapat dari mereka yang arif, saya fikir bolehlah kita “Tepuk dada tanya Iman” 🙂

*** KEMASKINI ***

Majlis fatwa kebangsaan memutuskan Hukum melabur dalam ASB/ASN ialah Harus – rujuk posting ini (klik)

Categories: Financial Management Tags:
  1. Jebon
    January 22nd, 2009 at 23:20 | #1

    Tak makan riba pon … yang makan riba bank. 8% tu cuma cover interest OD. Principal masih kita punya.
    Kalau tak nak pakai ASB, pakai instrumen kewangan Islamic yang lain.
    Contoh Mudarabah GIA cert boleh dicagarkan kepada Islamic OD.
    Untung ke ? Kaji sendirilah ye …

  2. ika
    July 5th, 2009 at 21:02 | #2

    klu nk invest lg selamat n halal,masuklh public mutual…leh email i…

  3. July 6th, 2009 at 17:44 | #3

    nak best beli emas

  4. kazam
    July 14th, 2009 at 09:34 | #4

    SC ade mengeluarkan kenyataan yg ASB tak patuh syariah.

  5. July 15th, 2009 at 00:46 | #5

    alternatif kepada asb – beli emas

    alternatifasb.blogspot.com

  6. ummah2000
    August 5th, 2009 at 21:53 | #6

    Assalamualaikum!.
    Pelaburan Asb = niagaan wang atas wang = RIBA

    Baca Al-Quran, panduan hidup kita,
    Jelas dinyatakan dalam Al-Quran RIBA itu haram.Ini adalah kata2 dari Allah, bukan dari saya.
    Surah Al-Baqarah Ayat 275 Hingga 279(Tengok terjemahan/tafsir kalau anda tak faham bahasa Arab)

    KURANGkan tgk pendapat orang di blog/forum, BANYAKKAN baca Al-quran dan fahamkan isi kandungannya.

    Korang mungkin cakap ‘tapi FATWA cakap harus’
    Korang nak ikut fatwa yang dibuat oleh manusia atau mufti yang terdiri dari golongan manusia atau nak ikut Al-Quran KitabullahRaibaffi(Kitab yang benar dan tidak boleh dipertikaikan lagi) yang diturunkan oleh Allah S.W.T ?

    Dalam rukun iman…
    1. Percaya kepada Allah
    2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
    3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
    4. Percaya kepada Al-Quran
    5. Percaya kepada Hari Akhirat
    6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

    Dalam Rukun Iman takde percaya kepada mufti/fatwa/blog/forum kan?

    Wassalam

  7. md
    August 5th, 2009 at 23:48 | #7

    terima kasih atas nasihat dan peringatan yang diberikan saudara Ummah2000. yang baik tu semuanya dari Allah, yang buruk tu kelemahan manusia itu sendiri.

    Harap ada hikmah posting ni untuk dijadikan panduan bagi yang berfikir. Memang kita tak boleh ambik bulat2 panduan dari blog/forum/kawan2 tanpa usul periksa dari sumber dan nas kalau masih was-was akan halal atau haram melabur dalam portfolio tertentu. Wallahu’alam.

  8. ceklat deng dang
    September 6th, 2009 at 15:22 | #8

    –just as per replied by ummah 2000– ttg fatwa

    hmmm bodoh gak ummah 2000 nie ye, jgn marah, tapi fakta!

    fatwa perlu beb, jangan main kate akal je terjemah quran n hadith, nanti sesat dan menyesatkan!…fatwa deduced dari quran n hadith utk selesaikan masalah ummah (bukan masalah hg sorang je , tapi seluruh umat nabi saw, satu alam punye hukum nie) oleh alim ulama….tuh pasal ada ijtihad, qias sebagai sumber hukum selepas quran dan hadis…..alim ulama waris nabi dok devotes themselves pada Allah, mengkaji quran dan hadis utk kemasalahat ummat

    ….tapi hang? buat keliru umat nabi kat cni, tuh pasal aku ckp hg bodo sesat dan menyesatkan…..unless hg wahabi xtreme core to quad….

    ummah2000….apa hukum hg pakai internet reply msg org nie? cite skit? zaman Rasullulah saw x de teknologi tenet tenet nie…sila jawab

  9. mohd
    January 5th, 2010 at 10:34 | #9

    assalamualaikum..

    saya setuju dengan Ceklat Deng Dang..kenapa saya berkata begitu???? ramai yang soalkan.. sorry ummah 2000… awak terlalu fanatik… ilmu Islam adalah luas dari segalanya..

    Jangan mengambil mudah dengan menghukum dgn akal fikiran anda.. terjemah Al-Quran bukan boleh direct terjemah dgn pengetahuan kita yg cetek… that why ada ulama yang menjelaskannya…ummah 2000 yg dihormati, perlu faham betul2 meaning Al-Quran tu dgn orang yg berpengetahuan tinggi dalam Islam…maksud saya ada Mentor (Ulama/Guru Agama)..bukan boleh bedal jer nak menghukum…ambil satu contoh Ayat Al-Quran Surah AT-TIN Jusuk 30…kalu seseorang itu tidak memahami maksudnya pasti keliru…ayat pertama menceritakan “Demi buah Tin dan Buah Zaitun”, kedua “dan demi bukit sinai”, ketiga “demi kota mekah ini yang aman”, …
    sukarkan untuk memahami kalu direct terjemahkan.

    So, berfikir dulu sebelum menghukum sesuatu… yang menentukan Benar atau Salah adalah kuasa-Nya….

    berusahalah mencari keberkatan hidup di Dunia ini dengan amal serta perintah yang disuruh oleh Allah S.A.W.

    kelahiran adalah kematian…faham ayat ini pasti anda aman dalam hidup..

    yang baik dari Allah S.A.W. dan yang lemah dari diri saya sendiri.

    wassalam..

  10. February 25th, 2010 at 16:18 | #10

    Salam semua

    Untuk download OD Tracker – tool untuk manage OD dan interest.. silalah melawat ke blog saya.. EmasdanTanah.com

    Wida
    http://www.emasdantanah.com
    Nota pelaburan emas dan hartanah

  11. September 8th, 2010 at 15:52 | #11

    ASB kasik ko 8% setahun. Tapi haram kan…. So, senang jer, 8% riba tuh ko jangan amik laaa….ko ada RM200k atau less than that, ko niagakan untuk target dapat minimum 8%…laaaaa..susah sangat ker? kalau letak rm10k, kalau 8% baru nak carik target untung rm800 setahun, kalau bulanan baru carik untung dalam RM67 ajer….susah sangat ker? Meniagalah orang melayu woiii….janganlah jadik pemalas harap letak duit buta-buta jer…..

    so kalau RM200k sekali pun, 8% untung takkan takleh dapat dalam setahun kalau diniagakan? Sistem overdraft nih nak menunjukkan jalan jer, macam mana dalam pengurusan kewangan yang betul, kita dapat mengumpulkan harta….adoiiiiii!!!!

    Benda senang laaa bro…..toksah nak sibuk2 kejar yang haram 8% tuh, kita halalkan jer dengan niat yang betul kerana ALlah s.w.t….InsyaALlah, ALlah pasti tolong ente semua…

    oklah, ciow

    p/s: benda dalam dunia nih kalau kita fikir susah, maka jadiknya susah, kalau fikir senang maka senanglah dia….insyaAllah

  12. Ros Daima
    March 20th, 2011 at 11:38 | #12

    Korang cakap riba2 ni aku baca macam korang tak tau pn riba tu ape sebenarnya? Ia adalah penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.

    Secara senangnya riba ni khusus untuk penambahan atas nilai pinjaman atau pembelian.
    Masalah dengan Pelaburan Saham ni adalah akad perniagaan, bukannya riba.

    Tq..

  1. No trackbacks yet.